"Saya Sedar Saya Tiada Rupa" - Jay Iswazir Terpaksa Tipu Ibu Demi Bergelar Pelakon
Kamaruddin Razal
12/11/2018 03:18 MYT
12/11/2018 03:18 MYT
Pelakon Jay Iswazir mengimbas pengalamannya di awal pembabitan dalam bidang lakonan.
Jay atau nama sebenarnya, Ahmad Iswazir Ismail terpaksa menipu ibunya demi mengejar cita-cita bergelar pelakon.
"Saya terpaksa menipu ibu. Ketika itu, saya sedar saya harus berpindah ke Kuala Lumpur untuk merealisasikan impian untuk menjadi seorang pelakon.
"Saya katakan kepada ibu, saya mahu menyambung pelajaran di ibu kota. Tak mungkin ibu saya beri kebenaran jika saya kata saya mahu ke Kuala Lumpur untuk menjadi pelakon.
"Wajah saya tidak sesuai untuk bergelar pelakon. Saya sedar saya tiada rupa tetapi saya tetap meneruskan tekad kerana minat yang mendalam," katanya.
Berjaya membuktikan kebolehannya apabila merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2018 lalu, Jay berterima kasih kepada pelakon senior kerana banyak memberikan galakan untuk dirinya terus berjuang di arena seni.
"Ketika saya mahu berputus asa, ramai yang hadir memberikan galakan. Sebagai contoh, saya masih mengingati lagi perjumpaan saya dengan Ebby Yus.
"Ketika itu, saya sedang bergelut dengan perasaan apabila berdepan dengan kepayahan dalam bidang seni.
"Biarpun Ebby tak tahu masalah yang saya hadapi, dia seakan boleh membacanya dan memberikan nasihat apabila kami bertemu.
"Saya masih ingat perkata tersebut dan ia menjadi azimat buat saya untuk meneruskan perjalanan dalam bidang seni," katanya lagi.