Pelakon Nonny Nadirah meluahkan hasratnya untuk membantu mana-mana individu yang memerlukan pertolongannya dalam mempromosikan produk dengan melakukan khidmat reviu secara percuma di media sosial.

Menurut Nonny, dia mengakui ramai yang mengirimkan mesej peribadi kepadanya meminta pertolongan melakukan reviu produk berikutan terjejas pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Musim PKP yang sangat mencabar dan ramai yang terjejas. Agak ramai yang DM memerlukan bantuan khidmat sreviu daripada saya dan minta sokongan dari segi nasihat dan sebagainya.

"Saya tolong mana yang termampu tau! Kalaulah saya boleh melayan satu persatu DM anda dan borak dengan anda lebih panjang lagi, sudah pasti saya akan balas, tapi saya juga banyak hal yang perlu diselesaikan, maafkan saya.

"Saya sedih bila melibatkan bab anak ni, tapi janganlah pula ada yang mengambil kesempatan dalam kesempitan atas pertolongan ini. Kita bantu mana yang betul-betul memerlukan pertolongan tau," kongsinya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Dalam posting tersebut, Nonny turut berkongsi sebahagian paparan mesej yang diterima daripada orang ramai yang berada dalam keadaan terdesak memerlukan bantuannya.

Musim PKP yg sgt mencabar dan ramai yg terjejas,agak ramai yg DM memerlukan bantuan khidmat review dari sy dan minta sokongan dari segi nasihat dan sebagainya. Sy tlg mana yg termampu tau! Kalau lah sy boleh melayan satu persatu DM anda dan borak dgn anda lebih panjang lagi.. sudah pasti sy akan balas. tapi sy juga byk hal yg perlu diselesaikan,maafkan sy!??? Sy sedih bila melibatkan bab anak nie tapi jgnlah pula ada yg mengambil kesempatan dlm kesempitan atas pertolongan ini. kita bantu mana yg betul2 memerlukan pertolongan tau!! . Berita baik! sy hanya menerima 20 slot review utk yg terawal shj! Sy bantu korang harini bukan mengharap belas dari korang balik, insyaallah selepas ini sy pasti Allah akan bantu sy. Jadi sy mohon sy bantu apa yg termampu jgn request terlebih dari kemampuan sy pulak.? Tertakluk kpd terma & syarat. Ada review yg tak sempat nak buat brg2 review tersebut dirumah sy,sy stuck dirumah lain! Harap bersabar. Lepas PKP sy akan settlekan semuaanyaaaaaa!!!Maaf ya!! Alhamdulillah sy dah sihat, dah tak JK dah! Sy dah kuat demi Mama demi semua!☺️??? . Ok sape nak promote bisnes korang boleh iklan kat bawah nie! . Sy tgh mencari igseller yg ada jual battery iphone dan boleh ajar utk tukar sendiri? need ASAP!plss DM sy? . Ok dah nak sambung edit jap!? . #reviewbaruataulamaotwtungguturn #imbackforgoodthistime #willcontactntagyouwhenitsready #RamadhanReview #pakatkumpuipahala

A post shared by ? Nonny Nadirah ? (@nonnynadirah) on


Justeru, kata Nonny, dia akan cuba sehabis baik untuk membantu sedaya mana yang mampu dilakukannya.

"Berita baik, saya hanya menerima 20 slot reviu untuk yang terawal sahaja. Saya bantu korang hari ini, bukan mengharap balas daripada korang balik.

"Insya-Allah selepas ini saya pasti Allah akan bantu saya. Jadi, saya mohon saya bantu apa yang termampu jangan minta lebih daripada kemampuan saya pula," katanya.



Perkongsian Nonny itu kemudian menerima pelbagai respons positif dalam kalangan pengikutnya yang memuji tindakan murninya itu.

"Terima kasih sis beri peluang kami beriklan. Saya pun cuti tanpa gaji ni.

"Insya-Allah, Allah permudahkan urusan awak dunia dan akhirat sebab awak cuba mudahkan urusan orang lain," tulis sebahagian netizen.

Dalam pada itu, jangan lupa saksikan drama lakonan Nonny Nadirah di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!