Hiburan

“Saya Selalu Teringat, Sakit Ini Penghapus Dosa” – Emma Maembong Masuk Hospital Kerana Tak Cukup Rehat

gempak
Fiza Kamarudin
03/12/2019
11:40 MYT
Sponsor Banner
“Saya Selalu Teringat, Sakit Ini Penghapus Dosa” – Emma Maembong Masuk Hospital Kerana Tak Cukup Rehat
Pelakon Emma Maembong bersyukur dirinya semakin stabil dan terpaksa akur tubuhnya perlu berehat sehingga selesai rawatan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
Difahamkan Emma dimasukkan ke hospital sejak dua hari lalu kerana demam panas disusuli jangkitan bakteria.
Emma memberitahu, tidak cukup rehat mungkin punca kesihatannya terjejas.
[[BACA: Terkena Demam Panas & Jangkitan Kuman, Emma Maembong Masuk Hospital]]
“Alhamdulillah, saya sudah stabil. Semuanya bermula dengan demam panas dan jangkitan bakteria. Sesekali datang sakit, kita tak mampu menduga bagaimana jadinya.
“Namun, saya bersyukur keadaan semakin okay. Saya selalu teringat, sakit ini penghapus dosa,” katanya kepada BH Online.
Emma berkata, dia lebih banyak tidur di hospital bagi mendapatkan rehat yang cukup.
“Saya bersyukur sentiasa dikunjungi teman rapat dan ahli keluarga sejak dimasukkan ke hospital,” katanya.
Emma berkata, dia menunggu kebenaran doktor untuk pulang dan berehat di rumah.
“Pada bila-bila masa saya dibenarkan pulang. Insya-Allah saya akan berehat secukupnya sebelum kembali bekerja,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Emma puas watak gadis ‘psiko’ iaitu Emilia dalam drama Cemburu Seorang Perempuan yang dilakonkannya, dipuji ramai.
“Selepas lama diberi karakter baik, mangsa keadaan dan gadis ‘sweet’, watak Emilia memberi dimensi baru dalam kerjaya seni saya sejak tujuh tahun lalu.
“Saya bukan sekadar mencari watak utama, sebaliknya antagonis menjadi idaman,” katanya yang turut membintangi filem Garang.
Sumber: BHOnline
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024