Pelakon Reen Rahim mengakui sedia menerima teguran daripada orang ramai mengenai imej seksinya ketika bercuti di pulau peranginan, baru-baru ini.

Menurut laporan Harian Metro, Reen menjelaskan dia sudah lali dengan kecaman warganet mengenai imej seksinya itu.

"Saya sedia terima teguran dan kritikan daripada warganet kerana tidak boleh halang mereka untuk berbuat demikian.

“Sebagai artis, saya hanya menerima kritikan membina dan positif tapi yang buruk ketepikan saja.

"Doakanlah yang baik untuk saya. Biarlah orang nak cakap apa pun kerana itu hak individu.

"Apa yang penting, saya selesa dengan apa yang dipakai dan menjadi diri sendiri," katanya.

Terdahulu, Reen reen menerima kecaman daripada pengikutnya di media sosial apabila memuat naik tiga gambarnya berpakaian seksi ketika bercuti di pulau peranginan, baru-baru ini.

Namun, setelah menerima kecaman hebat daripada netizen, Reen mengambil pendekatan untuk menutup ruangan komen di laman Instagram miliknya.

Sumber: Harian Metro