HIBURAN
“Saya Sentiasa Doakan Yang Terbaik Buat Bella Astillah & Syed Saddiq” - Muaz Zabir
Pelakon Muaz Zabir mengakui tumpang gembira melihat kebahagiaan Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Menurut Muaz atau nama sebenarnya Muaz Mohamad Zabir, 28, dia tidak pernah lupa untuk sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka berdua termasuk untuk dirinya sendiri.
"Kalau dia bahagia dengan kehidupan dia sekarang Alhamdulillah, saya rasa saya tak patut komen apa-apa tentang kehidupan Bella Astillah.
Menurut Muaz atau nama sebenarnya Muaz Mohamad Zabir, 28, dia tidak pernah lupa untuk sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka berdua termasuk untuk dirinya sendiri.
"Kalau dia bahagia dengan kehidupan dia sekarang Alhamdulillah, saya rasa saya tak patut komen apa-apa tentang kehidupan Bella Astillah.
"Tapi saya sentiasa doakan yang terbaik buat semua tidak kisahlah Bella Astillah, Syed Saddiq, Didi Astillah atau saya sendiri. Saya doakan yang terbaik dan berusaha menjadi lebih baik," katanya kepada Gempak.
Muaz berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Anugerah Melodi Terhangat yang berlangsung di Petaling Jaya, pada malam Sabtu.
Pada masa sama, aktor itu turut memaklumkan dirinya kini sedang berada dalam fasa memperbaiki diri demi mencapai kehidupan yang lebih stabil dan selesa pada masa hadapan.
Katanya, pelbagai perancangan sedang diatur, termasuk hasrat untuk menyambung pelajaran serta menimba ilmu dalam bidang lakonan.
"Saya difasa memperbetulkan diri sendiri menebalkan poket sendiri, sedang berusaha mecama-macam untuk berniaga sedikit, belajar, mantapkan lakonan, ceburi bidang-bidang lain.
"Saya rasa macam nak sambung belajar melalui pendidikan jarak jauh (PJJ). Saya difasa menjadikan diri lebi baik," kongsinya.
Terdahulu, dalam sebuah podcast Bella atau Dayang Ara Nabellah binti Awang Astillah, 31, mengakui dirinya dalam keadaan bahagia apabila menjalinkan hubungan persahabatan yang baik bersama Syed Saddiq.
Dia juga menyifatkan Ahli Parlimen Muar itu sebagai lelaki 'green flag' kerana mempunyai keperibadian yang baik.
Untuk rekod, Muaz dan Bella sebelum ini dikaitkan mempunyai hubungan istimewa apabila dilihat sering bersama menghadiri majlis-majlis tertentu.