Penulis novel The Garden of Evening Mists (TGOEM), Tan Twan Eng mengakui dirinya seorang yang dikategorikan sebagai individu yang amat mementingkan kesempurnaan atau perfectionist.
Twan Eng, 47, berkata, disebabkan sifatnya itu jugalah dia mengambil masa lebih hampir empat tahun untuk menyiapkan karya novel TGOEM yang kini diadaptasi menjadi sebagai sebuah filem.
"Kerja saya untuk menghasilkan novel ini bermula sekitar 2008 dan mengambil masa lebih kurang tiga hingga ke keempat tahun.
"Saya tak boleh tulis cepat, setiap perkataan, setiap ayat itu, mesti saya fikir secara mendalam. Saya banyak menulis semula sehingga saya benar-benar puas hati. Saya seorang yang mementingkan kesempurnaan," katanya kepada Gempak.
Bagaimanapun, menurut Twan Eng, dia berasa bertuah apabila hasil tulisannya itu kemudian diangkat menjadi sebuah karya di layar perak.
"Cumanya, dalam filem itu, ia lebih kepada menekankan hal kisah percintaan manakala, tetapi dalam karya asal novel saya ia lebih kepada penceritaan mengenai perjuangan, ingatan, sejarah dan trauma akibat perang," kongsinya.
TGOEM yang diarahkan oleh pengarah dari Taiwan, Tom Shu Yu Lin bakal menemui penonton bermula 16 Januari depan.
Antara nama besar yang menjayakan filem terbitan Astro Shaw dan HBO Asia itu termasuklah Sinje Lee (The Eye), Hiroshi Abe (After The Storm), Sylvia Chang (Love Education), David Oakes (Cold Skin), Julian Sands (The Girl With The Dragon Tattoo) dan John Hannah (The Mummy).
Filem tersebut menceritakan kesengsaraan kehidupan Teoh Yun Ling (lakonan Sinje Lee) akibat kekejaman Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu yang cuba mencari ketenangan di Cameron Highlands.
Bagaimanapun, sewaktu di sana, ketika dia berusaha untuk membina sebuah taman bagi menzahirkan penghormatan kepada adik perempuannya yang terkorban, dia menjalin hubungan cinta terlarang bersama seorang tukang kebun bernama Nakamura Aritomo (lakonan Hiroshi Abe).
ZULHILMI JALIL
Mon Dec 30 2019
Linkin Park Bakal Reunion, Vokalis Evanescence Ganti Mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekaligus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Kekasih 40 Tahun Lebih Muda, Cher: “Seusia Saya Ramai Sudah Mati”
Sekitar akhir tahun 2022, penyanyi Cher mendedahkan dirinya kembali dilamun cinta menerusi perkongsian foto mesra bersama seorang lelaki.
Pernah Kaut Pendapatan Tinggi Live TikTok, Riezman Khuzaimi Dilantik Duta Agensi KamiSempoi
Setelah lebih dua tahun beroperasi, agensi Tiktok KamiSempoi International Agency melantik pelakon Riezman Khuzaimi sebagai duta.
"Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!
Muaz Zabir tampil bersuara susulan isu podcast Aliff Aziz baru-baru ini.
Banyak Bagus Festival 2024 Gabung Artis Popular 4 Negara!
Banyak Bagus Festival (BBF) 2024 melakar sejarah tersendiri apabila menggabungkan artis popular dari empat negara Asia iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
BUJANG SEPAHTU KEPOK BONDA
Pak Ya ada 2 orang anak lelaki agak malas, Jep dan Shuib yang selalu lewat tidur dan jarang membantu kerja rumah. Suatu malam, kedua-dua anak lelaki itu melihat ayah mereka dalam keadaan sedih kerana belum memenuhi niatnya untuk membina kepok untuk isterinya yang telah meninggal. Mereka sedar dan bertekad untuk mencari wang untuk membantu ayah mereka
Tahniah! Michelle Yeoh Antara 19 Penerima Medal Of Freedom
Tahniah Tan Sri Michelle Yeoh.
Abby Abadi Dedah Kerjaya Sebenar Aslam - "Dia Anak Ustaz, Pemandu E-Hailing & ..."
Pelakon Abby Abadi mendedahkan menantunya, Ahmad Aslam bekerja sebagai pemandu e-hailing bagi menampung kehidupan keluarganya.
“Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut
Sabar seorang ibu juga ada hadnya.
Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Malim, Dua Mangsa Selamat
Syukur mangsa selamat.