gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Isyariana Akui Trauma Untuk Kembali Menyanyi Selepas Tersingkir AF2016 - “Saya Memang Suka Menyanyi Dari Kecil”
VIRAL
Kak KM Pilih Untuk Hidup Sederhana - “Aku Tetap Rendah Diri, Beli Barang Dapur Dekat Kedai Aceh”
HIBURAN
Drama Mikro The Girl From The Other Side Of The Galaxy Menang RM100,000 Pertandingan Skrip & Drama Mikro ToYm 2025
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Saya Serahkan Kepada Peguam” - Fattah Amin

Mya Amri
Mya Amri
09/12/2024
08:58 MYT
Sponsor Banner
“Saya Serahkan Kepada Peguam” - Fattah Amin
Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin, mengesahkan sudah menerima notis tuntutan (LOD) daripada bekas isterinya, Nur Fazura.
Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin berkata notis berkenaan sudah dibalas dan diserahkan kepada peguam yang dilantik untuk urusan selanjutnya.
“Iya, saya ada terima LOD rasanya sekitar bulan lalu iaitu sebelum saya mengerjalan umrah. Saya pun kurang pasti tarikh sebenar.

“Saya serahkan kepada peguam untuk memberi balasan. Notis jawapan balas sudah diserahkan mengikut tempoh ditetapkan iaitu tujuh hari bermula tarikh LOD diterima.

“Setakat ini itu sahaja yang saya boleh kongsikan. Perkara seterusnya saya cuma tunggu sahaja di mahkamah,” katanya.
Fattah ditemui ketika majlis Sidang Media Entertainment yang berlangsung di restoran De. Wan 1958, Bangsar pada Isnin.
Bagaimanapun Fattah enggan berkongsi secara terperinci mengenai kandungan surat yang diterima.

“Itu adalah urusan personal. Saya tak boleh kongsi, lebih baik saya simpan sendiri” jelasnya.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun.
Sementara itu bercakap tentang penglibatan dalam Usanita Entertainment, Fattah bersama pelakon Sophia Albarakbah akan diberi tabggungjawab sebagai wajah mempromosikan syarikat berkenaan.
Memberi fokus kepada bidang hiburan kedua-dua mereka akan tampil dalam sebuah drama untuk siaran digital.
Drama arahan tersebut sebagai langkah mempromosikan produk usahawan di bawah Usanita.

BERITA TRENDING: Kacak Wakilkan DSV Beri Bantuan RM200,000 Untuk Mangsa Banjir Di Kelantan

BERITA TRENDING: Penyanyi Wanita Meninggal Dunia Selepas Urut Leher

BERITA TRENDING: Gegar Vaganza 11: Tok Ram Beri Peluang Kedua Kerana Masalah Teknikal Namun Nai Masih Buat Kesilapan - “Memang Ada Masalah…”

BERITA TRENDING: Jay-Z Didakwa R*g*l Budak 13 Tahun, Akan Duduk Berbincang Dengan Beyonce

Topic Berkaitan
#Fattah Amin
#Fazura
#saman
#Kereta
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement