,
Hiburan

Saya & Shahz Jaszle Okay Sahaja, Kami Dah Move On - Miera Leyana

Mya Amri
21/04/2017
11:12 MYT
Aktres Miera Leyana tidak kisah jika digandingkan untuk berlakon bersama bekas kekasihnya, aktor Shahrizal Jaszle.
"Saya dan Shahz okay sahaja. Saya dah move on dan saya rasa dia juga tidak menyimpan apa-apa perasaan.
"Industri ini kecil sahaja, pusing-pusing kami pasti akan bertemu kembali. Saya juga tak kisah jika kami digandingkan semula dalam mana-mana filem atau drama," kata Miera.
Miera dan Shah bergandingan dalam filem terbaru Mamat Khalid, Lebuhraya Ke Neraka yang penggambarannya dijalankan enam tahun lalu.
"Ketika kami bergandingan dalam filem ini, saya dan Shahz sedang mengenali hati budi dan masih belum bercinta. Selepas tamatnya penggambaran filem itu, barulah kami menjalin hubungan.
"Kini, Shahz pun telah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Saya juga mempunyai kehidupan sendiri. Kami memang tiada masalah," kata Miera yang ditemui usai majlis tayangan filem Lebuhraya Ke Neraka pada Khamis.
Tambah Shahz yang ditemui di majlis sama, kisah percintaan mereka merupakan kisah lama yang telah pun dilupakan.
"Saya dan Miera tidak bermasam muka atau menyimpan sebarang dendam. Kami juga saling bertegur sapa ketika bertemu.
"Memang tiada isu pun. Kisah percintaan kami hanyalah sekadar kisah lama yang sudah berlalu," kata Shah.
Selain Miera dan Shah, Lebuhraya Ke Neraka menampilkan Datuk Awie, Dazrin Kamarudin, Khir Rahman dan ramai lagi. Filem ini akan ditayangkan bermula 4 Mei ini.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bekas Madu Miera Leyana Lega Nama Bersih Dari Sabitan Nusyuz - "Selepas Dua Tahun, Saya Syukur ..."

gempak
29/02/2024
04:22 MYT
Adibah Abdul Mutalib, lega apabila kes nusyuz yang difailkan bekas suami, Rosland Othman, 51, pada Disember 2021 lalu, berpihak padanya.
Laman Utama

Suami Miera Leyana Cerai Isteri Pertama Talak Satu!

gempak
03/08/2023
03:38 MYT
Jodoh 28 tahun...
Laman Utama

"Tak Tahu Apa Salah Saya"- Dah Cuba Selamatkan 28 Tahun Perkahwinan, Madu Miera Liyana Reda Jika Diceraikan Hari Ini

gempak
03/08/2023
02:51 MYT
Reda...
Laman Utama

Beri Alasan Dirinya Layak, Suami Miera Leyana Tuntut Hak Penjagaan Anak Dari Isteri Pertama

gempak
09/05/2023
08:50 MYT
Rosland Othman memfailkan hadanah terhadap dua anaknya
Laman Utama

"Saya Panik Tunggu Sampai 2 Jam..."- Seorang Lagi Anak 'Dibawa Lari' Ketika Sekolah, Madu Miera Leyana Kecewa Tak Dimaklum

gempak
09/05/2023
08:02 MYT
Adibah Abdul Mutalib kecewa