Pelakon Ummi Nazeera dan suami, Dr. Mohd. Izzar Anwari merancang untuk menimang cahaya mata kedua dalam tempoh tiga tahun lagi.
Menurut Ummi, buat masa sekarang dia mahu memberi fokus semula dalam bidang lakonan manakala suaminya mahu menyambung pengajian dalam bidang sarjana pengkhususan dalam kesihatan awam.
"Saya dan suami dah rancang untuk tidak memiliki anak kedua dalam tempoh tiga tahun ini.
"Ini kerana kami mahu fokus dan memberi komitmen terhadap kerjaya masing-masing dulu.
"Saya akui yang saya masih belum lagi boleh menjadi seorang ibu terbaik buat anak sulung kami dan saya mahu memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada dia sebelum dapat adik.
"Namun kami tidak menolak jika rezeki untuk mendapatkan anak kedua datang awal," katanya kepada Gempak.
Ummi berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Rocketfuel Entertainment, di The Bee, Publika, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ummi dan Izzar mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan cahaya mata pada 22 Ogos tahun lalu.
Rozaimi Zubaidi
Fri Apr 26 2019
Tarik Minat Pelajar Ke Sekolah, Larrie Sumbang RM68,000 Cat Mural Baharu Di SMK Sungai Choh
LARRIE Corporation Sdn Bhd telah bekerjasama dengan SMK Sungai Choh, Rawang dalam inisiatif pengindahan sekolah di bawah program Jom Kembali Ke Sekolah.
Di Antara Pertalian Darah & Pertaruhan Berani, ‘The Experts’ Tampilkan Aksi Heist Penuh Bergaya
Satu keluarga, satu peluang, satu rompakan terakhir. The Experts yang dipersembahkan dengan penuh bergaya membuktikan Astro Shaw sentiasa agresif dalam menghasilkan filem pelbagai genre, termasuk heist.
"Nanti Orang Boikot Filem Saya, Rugilah Saya!" - Datuk Ayu Takkan Ambil Artis Bermasalah
Penerbit filem Datuk Rosmarayu Mokhtar enggan memilih pelakon yang terlibat dalam masalah moral untuk membintangi naskhah terbitannya.
Dua Lelaki Bawa Parang Mahu Ceroboh Istana Negara Ditahan
Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat kes cubaan menceroboh Istana Negara, semalam.
Terima DM Netizen Kurang Ajar, Amira Othman Simpati Dengan Wany Hasrita - “Kesian, Tak Ada Dosa Pun Kena…”
Penyanyi Amira Othman berkongsi video memperlihatkan rakan baiknya yang juga penyanyi Wany Hasrita membuka mesej peribadi (DM) daripada netizen di Instagram miliknya.
Tak Ada Job, Isteri Terkejut Randy Pangalila Dikejar Pemungut Hutang
Pelakon Randy Pangalila mendedahkan kehidupan dunia glamor tidak membuat dirinya sentiasa dilimpahi wang ringgit atau kemewahan.
"Janganlah Tutup Periuk Nasi Saya" - Ning Baizura
Penyanyi Ning Baizura memohon orang ramai agar tidak terus mengecam dan menuduhnya tidak sensitif dengan situasi yang sedang berlaku di Palestin.
Uqasha Senrose & Kamal Adli Kongsi Nama Penuh Anak - “Hawra Saya Pilih, Dia Ambil Uqaira…”
Selepas tiga minggu, akhirnya pasangan selebriti Uqasha Senrose dan suaminya, Kamal Adli berkongsi nama penuh puteri sulung mereka iaitu, Uqaira Hawra.
Pasangan Curang, Ini Respons The Gadys - “Itulah, Tak Semua Perempuan Bijak Kan?”
Kumpulan The Gadys yang dianggotai oleh Ayunie Rizal, Aznie Azmi dan Thamiera Chan berkongsi pendapat mereka mengenai kecurangan pasangan menerusi podcast Syok baru-baru ini.
Mimi Lana Sokong Gerakan Blockout 2024 - “Tapi Jangan Buat Isu Ini Sampai Kita Berpecah Belah”
Sejak beberapa minggu lalu, laman sosial kecoh dengan gerakan Blockout 2024 iaitu memboikot barisan selebriti dan pempengaruh yang dikatakan masih menjalinkan kerjasama dengan produk-produk dikaitkan dengan Israel.