Berita
"Saya Sudah Mempunyai Kekasih & Dia Pun Ada ....." - Fify Azmi
Instafamous yang juga finalis Dewi Remaja, Fify Azmi mengakui kesal apabila ada pihak yang mendakwa dirinya menjadi punca perpisahan diantara Rashidi Ishak dan Vanidah Imran.
Menurut Fify, dia sudah mempunyai teman lelaki dan berharap agar orang ramai berhenti daripada menuduh dirinya.
"Sudah semestinya saya sedih sebab orang buat cerita tapi untuk pengetahuan perkara itu tiada kena mengena dan saya sudah mempunyai kekasih.
"Dia pun ada menemani saya ketika menjayakan pengambaran bersama Rashidi.
"Saya cuma buat apa yang disuruh dan sebagai pelakon saya tahu untuk menjaga batas saya.
"Rashidi ada mintak maaf kepada saya kalau ada orang cakap atau kecam saya namun saya pun tidak tahu mengapa dia berkata demikian sedangkan itu bukan salah dia," katanya kepada HLive.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).