Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

"Saya Sudah Okay, Tetapi Masih ....." - Awie

Rozaimi Zubaidi 08/03/2019 | 02:15 MYT
Penyanyi dan pelakon Datuk Awie bersyukur apabila tahap keadaan kesihatannya semakin pulih selepas dimasukkan ke hospital.
Menurut Awie, dia sudah kembali aktif menyanyi dan berlakon selepas mengambil rehat yang lama sejak hujung tahun lalu.
"Alhamdulillah, keadaan saya sudah okey selepas menerima rawatan tetapi masih perlu menjalani rawatan susulan.
"Saya juga sudah kembali menjayakan beberapa tawaran lakonan dan nyanyian yang diterima.
"Saya berharap agar orang ramai dapat mendoakan yang terbaik untuk saya dan saya tidak mahu lagi memikirkan mengenai masalah penyakit yang dialami.
"Biarlah saya banyak bercerita tentang kerjaya dalam nyanyian dan lakonan," katanya kepada Gempak.
Awie berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan filem Bikers Kental 2 yang diadakan di TGV Sunway Velocity Mall, baru-baru ini.
Bikers Kental 2 akan menemui penonton di seluruh panggung wayang di Malaysia pada 14 Mac ini.
Pada hujung Disember tahun lalu, Awie dimasukkan ke hospital selama seminggu selepas mengadu sesak nafas.
#pelakon #Penyanyi #Pelakon #Penyanyi #Datuk Awie