Hiburan

"Saya Sudah Pulangkan Cincin, Anggap Tiada Jodoh" - Syazwan Zulkifly & Tunang Sudah Putus

gempak
Amri Hassan
01/06/2020
02:24 MYT
Sponsor Banner
"Saya Sudah Pulangkan Cincin, Anggap Tiada Jodoh" - Syazwan Zulkifly & Tunang Sudah Putus
Tunang kepada pelakon Syazwan Zulkifly, Syawariah Zulkifli mendedahkan mereka sudah berpisah sejak Mac lalu.
BACA: "Alhamdulillah, Semuanya Berjalan Lancar" - Syazwan Zulkifly Selamat Bertunang
Sya bagaimanapun enggan mendedahkan punca mereka berdua mengambil keputusan untuk berpisah.
"Saya tahu banyak pihak yang tertanya tentang kepastiannya.
"Saya dan Syazwan Zulkifly telah memutuskan tali pertunangan pada 31 March 2020, dan saya sendiri telah memulangkan cincin merisik dan bertunang kepada Syazwan sendiri.
"Dan hal ini cuma diketahui oleh pihak keluarga sahaja.
"Apa yang berlaku antara saya dan Syazwan, saya anggap sudah tak ada jodoh, dan biarlah kami sahaja yang tahu punca perpisahan ini," tulisnya menerusi Instagram baru-baru ini.
Minggu lalu tersebar dakwaan bahawa pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos 2019 telah berpisah.
Lebih mengukuhkan dakwaan apabila masing-masing sudah memadamkan foto antara satu sama lain di Instagram dan sudah tidak lagi mengikuti akaun satu sama lain.
Malah, sekeping foto Syazwan bersama seorang gadis lain juga turut tersebar di Internet.
"Dan isu gambar Syazwan bersama wanita lain itu biarlah pihak Syazwan sendiri yang jelaskan.
"Saya doakan yang baik baik sahaja untuk dia.
"Terima kasih kepada keluarga yang sentiasa ada dengan saya dan terima kasih jugak kepada yang mendoakan saya," tambah Sya.
Pasangan itu mula berkenalan sejak 10 tahun lalu.
BACA: "Saya Kuarantin Dia 10 Tahun ..." - Syazwan Zulkifly Belum Ada Tarikh Kahwin
Gempak telah cuba menghubungi Syazwan sejak Jumaat lalu namun gagal.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live