Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Saya Tahu Awak Mendengar… Saya Nampak Ada Air Mata” - Norreen Iman Mohon Doakan Nad Zainal Cepat Sembuh

Mya Amri
24/11/2022 04:50 MYT
Pelakon Norreen Iman memohon orang ramai mendoakan kesembuhan Nad Zainal yang kini kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat masalah paru-paru berdarah.

Norreen yang juga merupakan salah seorang gandingannya dalam drama terbaharu mereka berjudul Cina Buta tidak dapat menahan sebak selepas melihat keadaan Nad dan berharap sahabatnya itu terus kuat melawat sakitnya.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Norreen berkongsi isi hatinya selepas bertemu dengan Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin.

“Norreen tahu Nanad kuat. Luluh hati tengok Nanad tapi saya tahu awak mendengar apa yang saya katakan bila saya bercakap dengan awak tadi.

“I saw your eyes ada tears, saya tahu awak mendengar. Tengok Nanad terus recap everything. Bila gelak sama nangis sama.

Called you last 2 days, mu sakit-sakit pun gelak Nanad. Tak apa nanti kita tengok drama kita sama-sama ya. Kita doakan Nanad ye semua. She can do this,” tulisnya.

A post shared by NORREEN IMAN (@norreen143)

BACA: “Sebelum Ini Dia Tak Pernah Alami Sakit Teruk Cuma…” - Bapa Nad Zainal

BACA: “Pendarahan On Off, Disyaki Alami Autoimun” - Ungku Ismail Update Keadaan Nad Zainal

Terdahulu industri hiburan dikejutkan dengan perkongsian Ungku Ismail yang memaklumkan Nad berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Ampang.

#Sakit #Nad Zainal #Paru-Paru #Norren Iman #Jangkitan Kuman Paru-Paru
;