"Saya Tahu Bukan Senang Nak Masuk Dalam Bidang Ini..." - Abon Tak Galak Anak-Anak Ikut Jejak Langkahnya
Zulaikha Yusof
04/10/2019 02:51 MYT
04/10/2019 02:51 MYT
Pelakon dan pelawak senior, Abon akui menggalakkan anak-anaknya untuk menimba ilmu asas dalam seni lakonan.
Walaubagaimanapun, Abon tidak ingin anaknya mengikut jejaknya sebagai seorang pelakon.
"Semua anak-anak saya memang ada mengikuti kursus asas seni lakonan.
"Saya sendiri yang beri galakan kepada mereka untuk belajar supaya mereka tahu nak beri jawapan mengenai lakonan apabila ada yang bertanya.
"Tapi kalau boleh, saya memang tak nak mereka berkecimpung dalam bidang seni sebab saya tahu, bukan senang nak masuk dalam bidang ini.
"Selain itu, saya bimbang sekiranya mereka terpengaruh dengan benda yang tak baik," katanya kepada Gempak.
Abon ditemui di sidang media Havoc Food Festival di Red Box Karaoke, The Gardens.
Tambah Abon atau nama sebenarnya Sharizan Ahmad, dia mendedahkan sudah tidak menerima jemputan ke acara hiburan atau apa saja program televisyen.
"Saya kecewa kerana tidak lagi menerima jemputan untuk menghadiri acara hiburan atau program di TV.
"Kewujudan saya seolah-olah telah dilupakan dalam industri seni ini sehingga terasa seperti dipinggirkan.
"Sedangkan saya juga sebahagian daripada itu dan lahir dalam dunia hiburan juga," tambahnya lagi.
Foto: Google