Hiburan
"Saya Tahu Jaga Batas Sebagai ..." - Risteena Munim
Pelakon Risteena Munim, 31, menyatakan tunangnya, Isa Khan, 27, yang juga seorang aktor tidak pernah meletakkan sebarang syarat untuk dia terus berlakon.
Kata Risteena, dia sendiri tahu untuk menjaga batas pergaulan demi kebahagiaan hubungan mereka.
"Isa tak pernah meletakkan apa-apa syarat dekat saya. Tapi saya sendiri yang tahu jaga batas sebagai tunang orang dan selepas ni akan bergelar seorang isteri.
"Jadi mesti la saya akan pilih drama-drama yang dapat persetujuan dari Isa juga," katanya kepada Gempak.
Bercakap mengenai norma baharu, kakak kepada aktres Ruhainies lebih selesa untuk menyediakan barang penggambaran sendiri dari rumah.
"Saya selesa dengan norma baharu ini. Untuk barang-barang penggambaran saya lebih memilih sediakan sendiri.
"Daripada barang solekan termasuk dengan wardrobe semua bawa sendiri. Kita kena lebih berhati-hati sebab pandemik ini belum lagi pulih," katanya lagi.
Risteena dan Isa telah selamat mengikat tali pertunangan pada 23 November lalu ketika bercuti di Bali, Indonesia.
Terdahulu, hubungan mereka sudah dihidu umum, namun masing-masing mengunci mulut sebelum mengesahkan status perhubungan mereka menerusi satu sidang media pada 6 Disember tahun lalu.
BACA: Isa Khan Susah Hati Risteena 'Hilang' Selama 30 Minit, "Tunang Saya Fikir Kena Culik Atau Ragut"
Risteena sepatutnya bertunang bersama pelakon Ikhwan Khairudin, 29, pada 19 Oktober lalu, namun hubungan mereka putus di tengah jalan.