Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), Datuk Seri Nazir Razak bakal melancarkan buku tulisannya berjudul What's In A Name pada 8 November ini.

'Family, career and the heart of Malaysia', penerangan yang jelas itu menggambarkan keseluruhan inti dalam penceritaan buku khas tulisan beliau.

"It's ready! Ia bukanlah sebuah autobiografi. Lebih kepada sebuah buku tentang refleksi terhadap apa yang saya saksikan, situasi yang menjadikan siapa saya dan kehidupan sekarang serta bagaimana saya merumuskan semuanya itu.

"Saya juga berkongsi pandangan tentang hala tuju Malaysia bertitik tolakkan daripada sejarah kita sebelum ini.

"Semoga anda semua mendapat manfaat dan saya tahu, menulis buku ni memerlukan kerja keras dan usaha yang gigih!" kata beliau menerusi hantaran di Instagram.

A post shared by Nazir Razak (@nazir.razak)


Nazir memulakan kariernya sejak tiga dekad lalu dan menjadikan CIMB Group sebagai salah sebuah institusi perbankan paling berjaya di rantau Asia.

Dalam catatan khas itu juga, Nazir berkongsi pandangannya membesar dalam keluarga politik yang paling menyerlah di Malaysia.

Seperti umum sedia maklum beliau merupakan anak kepada Perdana Menteri Malaysia kedua yang dihormati ramai, Tun Abdul Razak begitu juga adik kepada Najib Razak, yang pernah terjerat dalam skandal 1MDB, pastinya banyak kisah yang dikongsikan Nazir.

Ini juga bukan cerita Nazir semata-mata sebagai seorang usahawan yang sukses tetapi juga drama dalam konflik kekeluargaan dan prinsip diri.

Nazir juga berkongsi penilaian beliau mengenai politik ekonomi semasa dan apa yang perlu dilakukan untuk sebuah reformasi yang berjaya.

Buku What's In A Name itu akan mula dijual di semua toko buku seluruh negara dan boleh dipra-tempah secara atas talian di laman web www.nazirrazak.my.