Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Saya Tahu Ramai Yang Risau, Setakat Ini Tiada Bukti Saintifik Jangkitan Melalui Makanan” - Dr Noor Hisham

Mya Amri
12/05/2020 05:18 MYT
Tiada bukti saintifik yang mengesahkan bahawa jangkitan COVID-19 boleh menular kepada manusia melalui makanan, demikian tegas Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, lapor Awani

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia menyedari kebimbangan orang ramai susulan penutupan kilang ayam selepas pekerjanya didapati positif COVID-19.

Bagaimanapun, setakat ini KKM masih menunggu laporan penuh daripada Jabatan Veterinar berhubung kes tersebut.

“Saya rasa ramai yang risau mengenai isu ini dan kalau kita lihat setakat ini tidak jangkitan melalui makanan.

Jadi, kalau melihat kepada kilang ayam contohnya, dalam proses dan kita tunggu sama ada virus tersebut ada dalam haiwan, seperti ayam.

“Setakat ini kita menunggu kajian daripada Jabatan Veterinar,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Isnin.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham menyarankan agar makanan mentah yang dibeli oleh pengguna dimasak dengan baik bagi mematikan sebarang kemungkinan virus yang terdapat pada makanan tersebut.

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri tiga premis diarahkan tutup sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) termasuk kilang memproses ayam di Negeri Sembilan.

Sumber: Astro Awani
#COVID-19