Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Saya Tahu… Saya Akan Cuba Yang Terbaik…”- Peminat Mahu BIGBANG Kembali Berlima, Ini Reaksi Taeyang Tentang Seungri

Mya Amri
11/11/2019 15:16 MYT
Anggota kumpulan K-Pop terkenal BIGBANG, Taeyang akui memahami hasrat peminat untuk menyaksikan mereka berlima kembali bersama.
 
Menerusi rakaman video siaran langsung Instagram, Taeyang mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang sentiasa bersabar dan memberikan sokongan kepada mereka.
 
“Kepada VIPs, terima kasih kerana menunggu dan sentiasa memberikan sokongan… Segala apa yang anda semua sudah lakukan untuk saya, saya sangat-sangat hargainya,” katanya.
 
Dalam pada itu, menerusi video itu juga peminat meluahkan rasa rindu kepada BIGBANG dan juga bekas anggota kumpulan tersebut, Seungri.
 
“Kami menunggu untuk BIGBANG kembali berlima, tolong beritahu Seungri bahawa kami juga amat merinduinya,” ujar peminat tersebut.
 
Mendengar ucapan tersebut, Taeyang tersenyum sebelum membalas dengan nada lembut:
 
“Saya tahu… Saya akan cuba yang terbaik,” katanya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

‪VIP: this is a live vid, can u say a msg to int VIPS.‬ ‪YB: TYSM for waiting & supporting Anything that u have done for me, I appreciate it & see u soon‬ ‪VIP: we’re waiting for BB 5 members ‬ ‪YB: i know‬ ‪VIP: pls tell Seungri we miss him too ‬ ‪YB: i do my best‬ ‪#ThankGodItsSundae ‬ ‪#태양이_다시_떠오르는날 ‬ ‪#Dope_Discharge_Congratz ‬ #bigbang #빅뱅 #gd #gdragon #xxxibgdrgn #권지용 #지드래곤 #최승현 #탑 #taeyang #youngbae #동영배 #태양 #ChoiseungHyun #TOP #강대성 #DLITE #大声 #seungri #seungriseyo #승리 #VI - #Daesung #GDYB #NYONGTORY#daeri

A post shared by B-Bang (@xb_bang) on

 
Terdahulu, Taeyang dan Daesung telah menamatkan latihan khidmat ketenteraan mereka pada Ahad sekaligus melengkapkan kesemua anggota kumpulan BIGBANG termasuklah G-Dragon dan T.O.P.
 
Seungri pula bagaimanapun mengambil keputusan untuk bersara dari Industri hiburan kerana skandal yang melanda dirinya pada 11 Mac 2019.
 
Antara dakwaannya adalah kelab milik Seungri, Burning Sun dituduh terbabit skandal rasuah, penggunaan dadah terlarang dan pelacuran.
 
Seungri juga didakwa terbabit dengan rasuah seks dengan menyediakan pelacur untuk pelabur asing di kelab peribadi miliknya.
#Bigbang #Artis Korea #Taeyang