HIBURAN
“Saya Tahu Seseorang Itu Narsistik Bila Dia Suka Perlekeh Kerjaya Orang Sebagai Pelakon” - Nina Smith
Pelakon Nina Smith meluahkan rasa kesal di media sosial apabila mendakwa terdapat individu yang kerap menjadikan kerjayanya sebagai pelakon sebagai alasan untuk merendah-rendahkan dirinya.
Menurut Nina, dia mampu mengenal pasti sikap seseorang yang bersifat narsisistik apabila mereka mula menjadikan profesion seni sebagai bahan sindiran.

“Saya tahu seseorang itu seorang narsis apabila dia suka mengungkit tentang kerjaya saya sebagai pelakon. Ayah saya dan bekas teman lelaki saya sangat ‘suka’ guna alasan itu untuk menjatuhkan saya.
“Antara kata-kata mereka, ‘Dia pelakon, jangan percaya sangat dia tu’ atau ‘Kamu pandai sangat play victim sebab kamu pelakon’.
“Dear Daddy, dear b*bi… eh, sorry baby, nak berlakon pun bayaran tak seberapa, inikan pula nak berlakon percuma. Ihhh tak kuasa,” tulisnya.
Dalam masa sama, netizen turut mengaitkan luahan Nina dengan isu tular yang melibatkan pelakon Anna Jobling dan ibunya, Ariz Alop.
Sebelum ini, Ariz Arop tampil mempertahankan dirinya susulan pendedahan yang dimuat naik oleh peguam anaknya, Wan Nurliyana Abdul Rahman.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram Story, Ariz menafikan dakwaan bahawa dirinya mengamuk selepas pelakon itu dibawa keluar oleh peguamnya dari pacuan empat roda tersebut.
Ibu kepada Anna juga pernah membuat kenyataan bahawa anaknya itu seorang pelakon, seolah-olah cuba memberi gambaran negatif terhadap kerjaya tersebut.
Konflik keluarga Anna kini menjadi perhatian umum selepas pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu dilapor mendapatkan perintah injunksi dan Perintah Perlindungan Interim (IPO) daripada mahkamah terhadap ibunya.
Must-Watch Video