Laman Utama
"Saya Tak Akan Mula Dari Bawah!" - Dinasihati Zizan Tentang Jawatan Perdana Menteri, Ini Respon Aliff Syukri
Usahawan dan penyanyi terkenal Datuk Aliff Syukri yang berhasrat memohon jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9 baru-baru ini mengatakan dia tidak akan memulakan langkahnya dari bawah.
Perkara itu dinyatakan menerusi sesi live di Instagram bersama pelawak popular Zizan Razak.
"Nak jadi Perdana Menteri kena ada rekod dahulu, kena mula dari bawah, nasihat saya Datuk kena dekatkan diri dengan politik, kena tunjukkan track record Datuk sehingga boleh jadi Perdana Menteri.
"Bukannya terus 'aku nak jadi Perdana Menteri'! Tak bolehlah macam itu terus," kata Zizan dalam video tersebut.
Aliff yang seakan tidak bersetuju dengan Zizan kemudiannya menjawab.
"Awak tolong serius dengan saya, tadi awak kata saya jadi Perdana Menteri, lepas tu awak kata bermula dari bawah, hello! please!
"Saya tak akan bermula dari bawah!" balas usahawan kontroversi itu.
Sementara di ruangan kapsyen, Aliff akui dia harus kuat untuk menjadi pemimpin negara selain merasakan Zizan tidak patut memperlakukan dirinya sebegitu.
"Saya kena kuat untuk menjadi pemimpin negara, bagi saya, @zizanrazak869 tak patut buat saya macam tu, apa salah dan kurang saya awak," tulisnya.
Pada 17 Ogos lalu, Gempak melaporkan Aliff Syukri mencalonkan dirinya untuk jawatan Perdana Menteri Malaysia.
Perkongsian jutawan kosmetik itu mendapat pelbagai reaksi termasuk ibunya sendiri, Bonda Rozita yang menentang.
Bagaimanapun, tindakan Aliff dalam hal ini dapat dilihat sebagai satu gurauan dan tidak semestinya dia betul-betul mahu menjadi pemimpin negara.
Must-Watch Video