Hiburan

"Saya Tak Alami Gejala Selama Dua Minggu" - Ashraf Muslim

gempak
Asraf Aided
17/04/2020
10:55 MYT
Sponsor Banner
"Saya Tak Alami Gejala Selama Dua Minggu" - Ashraf Muslim
Pelakon Ashraf Muslim yang telah disahkan positif COVID-19 memaklumkan dia tidak mengalami sebarang gejala dalam tempoh 14 hari selepas dijangkiti wabak berkenaan.
Ashraf berkongsi perkara itu menerusi Instagram Live semalam.
Potongan video itu juga dikongsi oleh pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi di akaun Instagram miliknya.
"Pada 12 April, saya dapat keputusan dijangkiti COVID-19, dalam tempoh 31 Mac hingga 12 April itu saya langsung tidak mengalami gejala.
"Tiada batuk, tiada demam, tiada apa-apa, sihat walafiat dan tidak mengalami sebarang gejala selama dua minggu.
"Masuk hari ke-15, barulah ada rasa sakit tekak dan mengalami gangguan pernafasan pada hari ke-16," kata Ashraf dalam video tersebut.
Dalam pada itu, Ashraf juga memaklumkan keadaannya kini beransur pulih.
"Namun keadaan sekarang bertambah baik walaupun masih ada rasa sakit tekak.
"Apa yang saya nak cakap, bayangkan kalau orang kat luar sana yang tiada gejala macam saya tetapi tak buat pemeriksaan, sudah keluar sana sini, pergi rumah keluarga dan jumpa anak-anak, bayangkan," katanya lagi.
Difahamkan, Ashraf telah dimasukkan ke hospita pada petang 12 April selepas disahkan dijangkiti wabak tersebut.
Terdahulu, Ashraf merupakan selebriti ketiga disahkan positif COVID-19 selepas Puteri Aishah dan PU Riz.
Difahamkan Ashraf baru pulang daripada menjalani penggambaran drama bersiri di Scotland bersama Ben Amir, Puteri Aishah dan Hasnul Rahmat hujung bulan lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live