,
Laman Utama

"Saya Tak Berdendam, Terima Saja Seadanya..." - Kenapa Dengan Shiha Zikir?

Asraf Aided
01/04/2021
08:20 MYT
Penyanyi berbakat, Shiha Zikir bakal tampil dengan single terbarunya tidak lama lagi.
Menurut Shiha, isu penurunan jumlah tontonan muzik video lagu AEWO nyanyiannya di YouTube tahun lalu tidak membuatkan dia marah atau berdendam.
Sebaliknya, bintang Dansa Dan Sing ini hanya mahu terus menghasilkan produk yang berkualiti untuk para peminat.
"Untuk lagu yang bakal keluar ini, saya tidak berdendam dari kejadian lalu, saya terima sahaja seadanya.
"Kalau orang suka, mereka akan dengar dan begitu juga sebaliknya, saya tak paksa.
"Saya faham masing-masing ada minat sendiri, cuma apa yang saya boleh janjikan, saya kan keluarkan produk yang berkualiti," katanya.
Shiha berkata demikian ketika ditemui di set rakaman sebuah program televisyen petang semalam.
Tambah Shiha, kejadian penurunan jumlah penonton muzik video AEWO itu tidak diketahui puncanya hingga kini.
"Saya tak marah tapi kecewa, sebab perkara itu terjadi tanpa diketahui sebabnya.
"Ada juga yang mendakwa pihak kami membeli tontonan di YouTube, tapi kalau betul beli, mesti kami dah jadikan jumlah tontonan itu sampai berjuta.
"Saya ini bukan jenis orang yang gila populariti, daripada dulu lagi orang yang mengikuti saya, mereka tahu saya bagaimana," tuturnya menutup bicara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Unitar