Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Saya Tak Berniat Nak Ungkit" - Dedah Dipukul Bekas Kekasih, Diana Danielle Serba Salah

Amri Hassan
21/12/2022 02:44 MYT
Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle, 31, tidak berniat untuk mengungkit kisah penderaan yang pernah dialami dengan bekas kekasihnya, sebelum mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga pelakon, Farid Kamil.

BACA: Diana Danielle 'Pecah Lubang', Akui Pernah Dikasai Bekas Teman Lelaki Sehingga...

Kata Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, dia tidak menyangka isu penderaan fizikal yang dikongsikan di sebuah program di YouTube itu mendapat perhatian ramai.

“Saya tak berniat nak ungkit cerita, ia sekadar perkongsian sahaja. Bukan niat saya, orang pun tahu saya jenis orang yang bukan cari gaduh. Saya pernah mendedahkan perkara ini 10 tahun lalu, tapi mungkin ramai peminat muda yang tak tahu.

“Kita juga bercakap mengenai kesihatan mental dan bagaimana cara untuk meneruskan hidup. Sepanjang lebih satu jam berkongsi, tak sangka pula perkara itu yang menjadi perhatian, benda itu yang orang fokuskan.

“Bila saya dengar semula rakaman terbabit, ramai yang mesej secara peribadi dan berterima kasih kerada ada perkara yang saya sentuh memberi semangat kepada mereka serta memberi ruang mereka bercerita mengenai pengalaman mereka, bukan hanya berkisar mengenai apa yang saya perkatakan,” katanya kepada Gempak.

Diana ditemui pada majlis pelancaran koleksi Rizman Ruzaini RR Cruise 22/23 di RR Flagship Store di Shoppes Four Season Place, di Kuala Lumpur pada Selasa.

Disebabkan pendedahan terbabit, pelakon filem Hanyut itu mengakui dia rasa serba salah atas keterlanjurannya.

“Dalam hati saya wujud rasa serba salah apabila saya berkongsi mengenai perkara itu kerana saya tak maksudkan sesiapa. Saya tak boleh nak salahkan orang lain jika kita sendiri yang memulakan sesuatu,” katanya.

Terdahulu, Diana mendedahkan pernah didera secara fizikal oleh bekas kekasih yang tidak didedahkan identitinya. Pendedahan itu dibuat menerusi program Studio Sembang dalam YouTube.

Seterusnya apabila ditanya adakah dia fobia melalui pengalaman hitam tersebut, Diana menganggap ia sebagai pengajaran.

“Ia menjadi pengajaran. Dalam hidup ini, manusia tak lari daripada buat kesalahan atau membuat orang lain terasa hati. Kita belajar menjadi insan yang lebih baik dan belajar buat keputusan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga.

“Semua orang ada pengalaman yang berbeza, buatlah keptusan yang terbaik, lebih-lebih lagi bila kita ada anak, jika kita tak kuat untuk diri sendiri, kita kena kuat demi anak-anak supaya mereka tak perlu menjalani hidup yang penuh kekerasan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Diana akan tampil dengan single bahasa Melayu sekitar tahun depan, selepas mengeluarkan single bahasa Inggeris berjudul Shine On.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Viral #Pukul #Rizman Ruzaini #Bekas Kekasih #Diana Danille
;