Terkini
"Saya Tak Boleh Beri Sebarang Kenyataan" - Sarah Yasmine Terima Perintah Mahkamah Dari Aliff Aziz
Wanita yang dikaitkan dengan artis sensasi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menjelaskan dirinya tidak dibenarkan mengeluar sebarang kenyataan berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini selepas menerima perintah mahkamah baru-baru ini.
Terima Arahan Balik Ke Singapura
Jelas Sarah, 24, dia yang kini berada di Singapura telah menerima arahan itu selepas pulang ke negaranya beberapa hari lalu."Saya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen mengenai isu yang membabitkan saya dan Aliff ketika ini kerana saya telah menerima perintah mahkamah di Singapura empat hari sebelum Podcast bersama TheCommonFolks SG disiarkan.
"Saya tak boleh lawan balik atau berbicara mengenainya," katanya kepada Gempak.
Akur Dengan Undang-Undang
Harapan Sarah, agar segala kebenaran akan terbukti biarpun ramai yang menganggap dirinya ‘terhegeh-hegeh’ dengan isu yang tercetus.“Saya tak boleh berkata apa-apa disebabkan perintah mahkamah yang diberi oleh Aliff dan saya juga tak kisah seandainya saya dilabelkan terhegeh-hegeh arau meroyan.
“Saya akur dengan Akta Perlindungan dari Gangguan atau The Protection from Harassment Act 2014 (POHA) di Singapura dan insya-Allah, Allah akan tunjukkan kebenarannya satu hari nanti.
“Buat masa sekarang saya nak fokuskan pada tindakan undang-undang kepada individu-individu tertentu dan kalau ada rezeki saya akan fokus pada kerja sambilan lain,” tambahnya yang masih memfokuskan niat untuk membantu Bella Astillah.
Terdahulu, Aliff menerusi sesi podcast bersama TheCommonFolks SG tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku dalam rumah tangganya bersama pelakon Bella Astillah serta hubungan yang melibatkan Ruhainies serta Sarah Yasmine.
BERITA TRENDING: “Saya Mohon Maaf Atas Segala Apa Yang Berlaku, Perbetulkan Diri Secara Perlahan-Lahan” - Aliff Aziz
Must-Watch Video