,
Terkini

"Saya Tak Boleh Beri Sebarang Kenyataan" - Sarah Yasmine Terima Perintah Mahkamah Dari Aliff Aziz

Amri Hassan
03/05/2024
07:25 MYT
Wanita yang dikaitkan dengan artis sensasi Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menjelaskan dirinya tidak dibenarkan mengeluar sebarang kenyataan berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini selepas menerima perintah mahkamah baru-baru ini.

Terima Arahan Balik Ke Singapura

Jelas Sarah, 24, dia yang kini berada di Singapura telah menerima arahan itu selepas pulang ke negaranya beberapa hari lalu.
"Saya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen mengenai isu yang membabitkan saya dan Aliff ketika ini kerana saya telah menerima perintah mahkamah di Singapura empat hari sebelum Podcast bersama TheCommonFolks SG disiarkan.
"Saya tak boleh lawan balik atau berbicara mengenainya," katanya kepada Gempak.

Akur Dengan Undang-Undang

Harapan Sarah, agar segala kebenaran akan terbukti biarpun ramai yang menganggap dirinya ‘terhegeh-hegeh’ dengan isu yang tercetus.
“Saya tak boleh berkata apa-apa disebabkan perintah mahkamah yang diberi oleh Aliff dan saya juga tak kisah seandainya saya dilabelkan terhegeh-hegeh arau meroyan.
“Saya akur dengan Akta Perlindungan dari Gangguan atau The Protection from Harassment Act 2014 (POHA) di Singapura dan insya-Allah, Allah akan tunjukkan kebenarannya satu hari nanti.
“Buat masa sekarang saya nak fokuskan pada tindakan undang-undang kepada individu-individu tertentu dan kalau ada rezeki saya akan fokus pada kerja sambilan lain,” tambahnya yang masih memfokuskan niat untuk membantu Bella Astillah.
Terdahulu, Aliff menerusi sesi podcast bersama TheCommonFolks SG tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku dalam rumah tangganya bersama pelakon Bella Astillah serta hubungan yang melibatkan Ruhainies serta Sarah Yasmine.

BERITA TRENDING: “Saya Mohon Maaf Atas Segala Apa Yang Berlaku, Perbetulkan Diri Secara Perlahan-Lahan” - Aliff Aziz

BERITA TRENDING: Check Telefon Ketika Bella Astillah Sedang Tidur, Aliff Aziz Akui Terkejut Bila Baca Chat - “Saya Klik Bahagian Archive…”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nora Danish Terpesona Dengan Kecantikan Siti Nurhaliza - “Tak Mekap Pun Dah Cantik…”

gempak
19/10/2024
16:00 MYT
Pelakon Nora Danish mengakui terpegun dengan kecantikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Hiburan

Pakai Topi Tertera Huruf ‘R’, Posting Aliff Aziz Curi Tumpuan Netizen

gempak
19/10/2024
03:58 MYT
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz meraih tumpuan apabila tampil memuat naik gambar memakai topi yang tertera huruf ‘R’
Hiburan

Stacy Umum Tak Terlibat Konsert Sumandak Stars, Peminat Luah Rasa Kecewa - “Jujur Cakap Beli Tiket Untuk Tengok Stacy Je”

gempak
19/10/2024
00:50 MYT
Penyanyi Stacy tidak akan terlibat dalam konsert A Night With Sumandak Stars Ceritera Hatiku yang akan berlangsung pada November depan.
Hiburan

Neelofa Dedah Tak Pernah Beli Barang Dapur Guna Duit Sendiri - “Sewa Rumah, Bil Air & Api Semua Saya Tak Pernah Sentuh…”

gempak
18/10/2024
06:55 MYT
Pelakon dan usahawan, Neelofa berkongsi bahawa dirinya tidak pernah mengeluarkan wang untuk keperluan rumah sebaliknya perkara itu diuruskan oleh suaminya, Haris Ismail.
Hiburan

Membesar Tanpa Figura Ayah, Nora Danish Akui Rasa Kekurangan - “Tak Pernah Tengok Keluarga Yang Betul-Betul Bahagia..."

gempak
18/10/2024
03:23 MYT
Pelakon, Nora Danish berkongsi dirinya berasa kekurangan kerana tidak dapat membesar dengan kehadiran seorang bapa.
BorakSeeni