Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Saya Tak Boleh Menjanda Lama-Lama" - Ina Naim Nikah Semula Demi Anak-Anak

Amri Hassan
31/10/2024 09:20 MYT
Balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad yang juga penyanyi, Ina Naim memberitahu dirinya tidak boleh bersendirian dan perlukan teman hidup demi anak-anak.

BERITA TRENDING: Ina Naim Nikah 8 November Dengan Mohd K?

Jelas Ina, kehadiran bakal suaminya, Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor diharapkan dapat membantu meneruskan usaha mendidik dan membimbing anak-anaknya.

"Alhamdulillah, anak-anak sekarang sebenarnya mereka sudah mula belajar dengan bakal bapa mereka. Mereka juga selalu berhubung melalui telefon untuk belajar.

"Anak-anak memang tidak ke sekolah tapi mereka kena belajar, disebabkan itu saya tak boleh menjanda lama-lama kerana saya tidak boleh uruskan anak-anak yang meningkat usia remaja.

"Jadi, saya perlukan seseorang untuk teruskan pembelajaran selepas ayah mereka meninggal dunia," kongsinya menerusi siaran langsung di TikTok.

BERITA TRENDING: "Memang Fazura Dan Fattah Orang Yang Baik" - Ina Naim

BERITA TRENDING: Dikecam Tak Tangisi Pemergiaan Suhaimi Saad, Ina Naim; “Lainlah Kalau Suami Meninggal Dalam Keadaan Mati Katak Atau Buat Maksiat…”

BERITA TRENDING: Pesanan Akhir Arwah Suhaimi Saad Jadikan Ina Naim Kuat! - "Selama Ini Yang Menjaga Bukan Abang Tapi ..."

Dalam pada itu, Ina memberitahu majlisnya bakal dilangsungkan secara bersederhana dan hanya mengundang keluarga serta rakan rapatnya sahaja.

"Minta maaf saya tak dapat jemput semua, saya buat sekadar majlis nikah sahaja dan jamu makan untuk saudara dan rakan-rakan rapat.

"Saya bukan anak dara atau orang muda lagi. Saya dah tua dan ada anak-anak. Takkanlah kita nak duduk atas pelamin bersanding," tambahnya.

Untuk rekod, Ina berkahwin dengan Suhaimi pada 2007 dan dikurniakan empat anak bersama Allahyarham yang juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid Inteam.
#Penyanyi #Viral #Anak #Nikah #Janda #Kelantan #Suhaimi Saad #Ina Naim #Mr K
;