Hiburan
"Saya Tak Boleh Puaskan Hati Semua Orang" - Muat Naik Video Isteri Bersalin, Aliff Syukri Mohon Maaf
Usahawan kosmetik yang bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri memohon maaf atas perbuatannya yang memuat naik video pengalaman isterinya bersalin.
Isteri Aliff, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid baru sahaja melahirkan anak keempat mereka, Yusoff Al Qardawi.
Penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini memuat naik permohonan maaf tersebut menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.
Alif dan Shahida berkahwin pada 0gos 2007. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 tahun.
Pasangan ini mengambil anak angkat, Ameena yang kini berusia 9 bulan dan Qayyum hampir tujuh bulan.
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Aliff
Must-Watch Video