Pelakon Fathia Latiff menegaskan kenyataannya menyamakan rupa paras seorang pelakon wanita seperti bibik atau pembantu rumah bukan satu masalah.

BERITA TRENDING: "Saya Lebih Cantik Daripada Dia" - Fathia Latiff Sindir Wajah Zahirah McWilson Seperti Bibik?

Malah, tegas Fathia, dia tidak menyifatkan fizikal bibik sebagai individu yang tidak memiliki rupa paras yang jelita.

"Saya hanya jujur, dia nampak macam bibik. Ada bibik yang cantik, saya tak rasa pun itu satu masalah.

"Saya tak cakap pun dia (Zahirah) hodoh, saya cuma cakap dia nampak macam bibik dan ada juga yang bersetuju," katanya yang difahamkan merujuk kepada Zahirah.

PILIHAN PEMBACA: Sindir Zahirah Berwajah Bibik, Fathia Masih Teruskan ‘Serangan’ Di Instagram, Akui Tidak…
BERITA TRENDING: Dikatakan Wajah Macam Bibik, Netizen Back Up Zahirah - “Pregnant Pun Cantik Patutlah Ada Mak Lampir…

Fathia dalam temu bual bersama Caprice menerusi sebuah podcast baru-baru ini turut menyatakan pendiriannya terhadap perkongsian di media sosial.

"Apabila kita memuat naik hantaran di media sosial, kita hanya berkongsikannya.

"Kita tak fikir atau peduli pun apa atau macam mana orang fikir apabila kita berkongsi di media sosial. Saya cuma mengekspresikan diri saya, tak salah pun.

"Malah mengikut undang-undang pun saya tak bersalah," tegasnya.

BERITA TRENDING: "I Know You Still Love Me" - Fathia Latiff
PILIHAN PEMBACA: "I Tak Mental, Kalau Tak I Dah Kat Hospital Tanjung Rambutan" - Fathia Latiff

Malah, Fathia memberitahu dia sentiasa mendapatkan khidmat nasihat dan pemeriksaan dengan pakar psikiatri berhubung kesihatan mental.

"Saya tak perlukan kawan, ya saya ada berjumpa pakar psikiatri (baru-baru ini) dan mereka kata saya okey, cuma saya sedikit stress. Itu saja.

"Saya buat medical check up termasuk mental health," jelasnya lagi.