Penyanyi rap wanita yang sedang meningkat naik, Bunga mendedahkan dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan anggota kumpulan Viral, Amzar Sabri.
Berkenalan sejak tahun lalu, kata Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 19, dia selesa untuk berkenalan dengan lebih rapat dengan jejaka kelahiran Pahang itu.
"Alhamdulillah saya sudah ada teman lelaki dan dia pun bekerja dalam industri hiburan juga dengan menghasilkan lagu dan sebagainya.
"Saya tak caras lelaki orang dan sebenarnya Amzar juga rakan sekerja saya yang selalu menemani saya.
"Asalnya bukan bercinta pun, kami kenal ketika saya mula-mula menyertai pertandingan nyanyian tahun lalu dan sehingga kini kami menggunakan masa yang ada untuk saling mengenali satu sama lain," katanya kepada Gempak.
Bunga menyifatkan Amzar sebagai lelaki yang budiman, mesra dan tidak lokek berkongsi ilmu bersamanya.
"Dia baik hati tetapi pada masa sama sangat serius apabila bekerja.
"Dialah yang sering membantu saya mendalami ilmu muzik dan memberikan pendapat dalam penghasilan lagu atau lirik," tambahnya.
Sedikit latar belakang Amzar, penyanyi berusia 23 tahun itu merupakan anggota kumpulan duo Viral bersama pasangan kembarnya, Amsyar yang pernah tular sekitar tahun 2015.
Viral pernah menghasilkan album Sentuh Hatiku pada tahun 2016 dan terbabit dalam penghasilan lirik lagu Jangan Marah (Ernie Zakri), Boleh Blah (Nana Sheme) dan Sampai Jannah (Farah Farhanah).
Manakala Bunga pula mula melakar namanya tahun ini apabila menjadi ikon penyanyi rap wanita pertama yang memakai baju kurung ketika membuat persembahan.
Terbaharu, Bunga baru melancarkan lagu sulungnya berjudul Bunga.
Amri Hassan
Tue Oct 01 2019
#TRAVELMANA: Istana Gyeongbokgung Korea Akan Dibuka Untuk Lawatan Malam Mulai Mei Ini
Istana Gyeongbokgung, istana utama Dinasti Joseon yang didirikan pada tahun 1935 di Seoul, Korea Selatan, kembali dibuka untuk lawatan malam mulai 8 Mei hingga 2 Jun 2024.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Netizen Korek Gambar Lama Ruhainies Makan Bersuap Dalam Ferrari, Netizen: “Macam Mana Boleh Downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Netizen Samakan Ruhainies Dengan Karakter Jung Soo Min Dalam Drama ‘Marry My Husband’ - “Perangai Sebiji La Macam Dia Ini”
Alamak...
Gempak Most Wanted Perkenalkan Anugerah Wonda Coffee Keluang Man Of The Month! Jom Calonkan Hero Pilihan Korang Sekarang
Selain 11 kategori yang sedia ada dalam Gempak Most Wanted, satu kategori baharu diperkenalkan iaitu Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Khunsa: Wan Jusoh Belum Mati, Cik Ton Jadi Hantu, Ahmad Anak Midah, Naem Anak Cik Nisa... Teori Mana Paling Tepat & Tak Masuk Akal?
Khunsa akan melabuhkan tirai pada minggu ini.
Kongsi Quote Tentang Pendosa, Posting Instagram Stories Aisyah Aziz Untuk Siapa?
Adik kepada penyanyi Aliff Aziz, Aisyah Aziz baru-baru ini memuat naik hantaran di Instagram Stories tentang kata-kata berkaitan pendosa yang diambil dari Imam Shafi’i. Menerusi hantaran itu, ‘quote’ tersebut menitipkan pesanan tentang bagaimana seorang manusia yang sering berbuat dosa sepatutnya dimaafkan dan tidak sepatutnya dibence. “Sentias
Caprice Bakal Dedah Bukti-Bukti Bagi Isu Yang Tidak Dinyatakan Di Telegram Malam Ini
Pencipta kandungan dan selebriti media sosial, Caprice memuat naik satu hantaran di media sosial mengenai perancangannya untuk melakukan pendedahan berserta bukti berkaitan satu isu pada malam ini.
Lawak Atau Koyak S2 | Fahimi jadi Angau, Kecik jadi bangang.
Penatlah Fahimi Rahmat nak layan Kecik dengan soalan bangang dia tu. Pening dia nak jawab. Layan video ni sampai habis okay. Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak.
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
#LawakAtauKoyak
#masaanugerahterindah #Angau #AngauRaya
Dakwa Caprice Berniat Jahat, Pembantu Peribadi Bella Astillah Dedah Cerita Sebenar Mengenai Tiket Penerbangan
Pembantu peribadi Bella pula tampil bersuara.