Hiburan
"Saya Tak Demand...Tapi Biarlah Berbaloi" - Dalimawati
Pelakon senior berbakat, Dalimawati Ismail tidak mahu menetapkan harga yang terlalu tinggi sebagai bayaran untuk lakonannya.
Menurut Dalimawati, industri hiburan di Malaysia bukanlah seperti di Hollywood dimana artis senior dibayar semakin tinggi apabila usia meningkat.
"Saya tak akan menaikkan harga bayaran untuk lakonan saya, industri hiburan di Malaysia bukanlah seperti di Hollywood, artis senior mereka dibayar dengan jumlah yang lebih tinggi berbanding zaman muda mereka.
"Namun begitu, saya harus memilih tawaran yang diberikan, jika jumlah bayarannya terlalu sedikit, saya terpaksa menolaknya," katanya kepada Gempak baru-baru ini.
Tambah Dalimawati, meskipun dia tidak menaikkan harga, namun semuanya bergantung kepada penilaian pihak produksi terhadap kualiti lakonannya.
"Saya tak 'demand' tapi biarlah berbaloi, ia bergantung kepada penilaian pihak produksi terhadap kualiti lakonan saya," tambahnya.
Dalam perkembangan terbaru, Dalimawati kini dicalonkan dalam Top 5 Anugerah Bintang Popular BH ke-32 (ABPBH32).
Dalimawati bakal bersaing merebut anugerah bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular bersama Erra Fazira, Mira Filzah, Hannah Delisha dan Uqasha Senrose.
ABPBH32 bakal berlangsung pada 22 September ini, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!
Must-Watch Video