HIBURAN

“Saya Tak Faham Orang Suka Tekankan Susu Badan Lebih Bagus Daripada Formula” - Nina Ismail Sabri

Asyikin Mayudin 26/07/2025 | 12:55 MYT
Kakak kepada pelakon Dafi iaitu Nina Ismail Sabri berkongsi pendapat mengenai masyarakat yang gemar membuat perbandingan antara susu badan dan formula.

Menyusu badan

Menerusi platfrom Threads, Nina berkata dia juga memberi susu badan kepada anak perempuannya iaitu Jeanelle Nika Mandagie sehingga usia tujuh bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Dah Lama Habis Dengan Perkahwinan Itu...” – Nina Ismail Sabri Kongsi Cara Hadapi Penceraian Dengan Tenang

Namun anaknya enggan menyusu badan secara langsung dan dia juga memilih untuk tidak memberi tekanan kepada dirinya.

“Saya tak faham orang yang suka tekankan susu badan lebih bagus daripada formula. Saya menyusukan Jeanelle sehingga dia berumur kira-kira 7 bulan.

“Tidak secara langsung kerana saya sudah hampir selesai dengan pantang. Dia tidak mahu menyusu badan, saya cuba dan ia sangat sukar.

‘Jadi saya tak nak beri tekanan pada diri saya,” kongsinya.

Pada perkongsian yang sama, Nina juga berkata dia berasa kasihan melihat ibu yang berusaha untuk memberikan susu badan namun tidak berjaya.

Janji bayi sihat

Bagaimanapun Nina beranggapan bayi yang sihat diberikan cukup makan tidak kira susu badan atau formula sudah memandai.

“Ada segelintir ibu yang saya kenal berusaha keras untuk beri susu badan tapi dah tak ada susu nak buat macam mana kan?

“Bagi saya, benda paling penting adalah bayi diberi cukuo makan. Susu badan atau formula tak kisah, awak buat cara awak okay ibu-ibu. Jangan stress kan diri,” katanya.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangan Nina dan berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan situasi yang sama.

#Ibu #Nina Ismail Sabri #Susu Formula #Susu Badan #Dafi