Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Saya Tak Kenal Wanita Itu” - Khai Bahar

Shahrin Zulkifle
26/02/2023 01:00 MYT

Penyanyi Khai Bahar akhirnya tampil memberi penjelasan berhubung tular satu ciapan di laman Twitter apabila dia didakwa telah mempermainkan hati seorang wanita.

Kata Khai, 28, isu tersebut hanya salah faham yang berlaku antara dia dan individu berkenaan.

Malah, dia sudah pun menyelesaikan isu tersebut secara baik.

“Saya sebenarnya tak nak komen dan ulas lagi mengenai isu tersebut. Sebab isu itu sudah pun selesai.

“Saya pun tak mahu memanjangkan cerita, isu tersebut sudah berlalu beberapa minggu lalu. Ia sekadar salah faham kecil sahaja.

“Bila ada dakwaan saya pernah sakitkan hati wanita, saya rasa tak pernah sakitkan hati sesiapa.

“Saya sendiri takut jika saya pernah buat salah pada sesiapa sebelum ini. Bila saya nampak tweet itu tular, saya terus direct mesej tuan badan untuk selesaikan secara baik,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, pelantun lagu Bayang itu turut menjelaskan dirinya langsung tidak mengenali individu yang memuat naik ciapan tersebut.

“Saya jenis yang tak suka jika ada masalah dengan orang lain. Kalau ada hidup saya boleh jadi tak tenteram jika masalah dengan sesiapa.

“Saya tak kenal pun wanita yang tweet itu. Saya tanya dia apa masalah saya pada dia, kami bincang cara baik kerana ia hanya salah faham dan perkara itu sudah pun selesai,” tambahnya.

Terdahulu seorang wanita memuat naik satu ciapan dengan mendakwa Khai telah mempermainkan hati kawannya. Malah individu itu turut mendakwa Khai telah meninggalkan kawannya itu selepas menabur beberapa janji tanpa sebarang alasan.

BACA: Khai Bahar Dituduh Mainkan Perasaan Wanita, Hilang Menyepi Selepas Menabur Janji?

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Khai Bahar #Twitter #Gempak Most Wanted Awards 2022 #GMWA 2022
;