,
Hiburan

“Saya Tak Kutuk Orang Miskin Dan Kami Ni Tak Kaya Mana Pun” - Didakwa Hina Golongan Setinggan & PPRT, Syifa Melvin Mohon Maaf

Azwa Rahman
07/03/2020
13:10 MYT
Pelakon Syifa Melvin memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak di atas penularan videonya yang didakwa menghina golongan tidak berkemampuan.
Menerusi laman sosial Instagram, Syifa memuat naik sebuah video di saluran IGTVnya bagi menjelaskan maksud sebenar salah faham tersebut.
“Saya nak pohon kemaafan kepada semua orang yang dah tengok video yang tersebar tu.
“Kenapa saya gelak dalam video tu, bukan saya ketawakan orang miskin, orang yang duduk rumah setinggan, rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), tak,” ujarnya menerusi rakaman tersebut.
“Sejujurnya niat yang saya maksudkan dalam video tu adalah, bila kita memakai material sebegitu, kain satin dan warna yang mewah macam tu, kat mana je kita berada, kita akan nampak yakin. Itulah maksud saya yang sebenarnya,” katanya.
Menerusi video itu lagi, Syifa memberikan penjelasan yang sebetulnya tentang apa telah disalahertikan oleh orang ramai.
“Duduklah dekat reban ayam sekali pun, bukan kata korang penghuni reban ayam tu, maksudnya korang memang ada dekat situ, kita tetap nampak confidence dan mewah,” jelasnya lagi.
“Tak kan la saya nak mengutuk, menghina orang tak berkemampuan sebab kami bukan kaya, tak kaya pun.
“Tapi itulah, orang dah salah tafsir dan niat kita ni sepatutnya tak perlu beritahu orang pun tapi terlalu banyak kecaman yang diterima sampai orang salah sangka sampai timbulkan fitnah, jadi saya harapkan orang yang sebarkan video tu berhenti sebab kita tahu tahap pemikiran setiap orang tu berbeza,” tuturnya di akhir rakaman.
Sehingga kini, perkongsian berdurasi lebih dua minit itu telah menerima hampir 80,000 tontonan selepas tiga jam di muat naik.
Minggu lalu, sepotong video Syifa sedang mengenakan tudung sambil didakwa menghina golongan yang tinggal rumah setinggan dan PPRT tiba-tiba tular gara-gara isunya bersama teman lelaki penyerang JDT Safawi Rasid dan Tunku Mahkota Johor meledak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.