Hiburan

"Saya Tak Mahu Dia Ubah Perspektif Pada Masyarakat Malaysia" - Raja Ilya Sorok Komen Negatif Dari Suami

gempak
Asraf Aided
23/11/2019
03:21 MYT
Sponsor Banner
"Saya Tak Mahu Dia Ubah Perspektif Pada Masyarakat Malaysia" - Raja Ilya Sorok Komen Negatif Dari Suami
Aktres jelita, Raja Ilya akui tidak memberitahu tentang semua komen atau percakapan negatif netizen kepada suaminya, Trent Garrett.
Menurut Ilya, jika dia membaca komen yang terlalu kasar dan melampau, dia memilih untuk berdiam sahaja kerana tidak mahu suaminya itu mengubah persepsi terhadap masyarakat di Malaysia.
"Memang ada komen-komen negatif di media sosial, tetapi jika saya menemui komen yang terlalu kasar dan melampau, saya akan berdiam sahaja tanpa menceritakan kepada suami.
"Saya tidak mahu dia mengubah persepsi terhadap masyarakat di Malaysia, saya pun tahu golongan yang menulis komen sebegitu biasanya seperti budak-budak sekolah sahaja, tak perlu saya ambil hati," katanya kepada Gempak baru-baru ini.
Tambah Ilya, dia juga tidak mahu menyekat akses pengikut yang telah mengecam dirinya di media sosial.
"Saya juga tidak mahu menyekat akses mereka yang mengecam saya, biarkan sahaja, tiada guna saya melayan komen-komen negatif kerana saya sendiri tahu apa yang saya lakukan," tambahnya.
Sekadar info, Ilya dan Trent berkahwin pada 23 Disember tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di Australia.
Dalam industri hiburan pula, Ilya mulai aktif pada tahun 2008 dan berjaya mengekalkan namanya sehingga kini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024