Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Saya Tak Mahu...." - Dikhabarkan Sedang Hamil, Ini Jawapan Fasha Sandha

Kamaruddin Razal 03/11/2019 | 23:32 MYT
"Saya tak mahu nafikan, saya tak mahu mengiyakan. Apa yang saya pinta cuma doa yang baik-baik sahaja," itu jawapan aktres cantik Fasha Sandha mengenai desas-desus yang mendakwa dia kini kembali berbadan dua.
Fobia dengan insiden keguguran yang terjadi pada Jun lalu, aktres drama bersiri Syurga Yang Kedua ini lebih berhati-hati dalam berkongsi berita mengenai kehamilannya.
BACA: "Ibu Mintak Maaf..." - Sedihnya Fasha Sandha Keguguran Di Bulan Syawal
"Cerita beberapa bulan lalu betul-betul meninggalkan impak kepada diri saya... Sampaikan saya sendiri fobia untuk berkongsi perihal kehamilan.
"Ketika itu, anak-anak agak hampa bila mendengar berita sedih terbabit. Mereka sangat terkesan.
"Bayangkan, ketika saya masih berstatus ibu tunggal dahulu pun mereka sudah menyuruh saya berkahwin kerana mereka mahukan adik. Mereka sangat berharap.
"Jadi, ada baiknya jika khabar mengenai kehamilan saya simpan sahaja. Ya atau tidak, saya tak mahu ulas lanjut. Doakan yang terbaik untuk saya," katanya.

Syukur Alhamdulillah ?

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Syukur Alhamdulillah ❤️ #fashasandhaxaurawhite Thank You Datin @furynaazmeer Make up Dato @alhaalfa ? Datin @ameliahassanfd ? @budak.tadika

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Fasha ditemui di majlis pelancaran ubat gigi Aurawhite bersama Guardian di Putrajaya baru-baru ini.
Sesi ramah mesra bersama wajah ubat gigi Aurawhite yang terdiri daripada Fasha, Izzue Islam dan PU Azman turut diadakan pada majlis terbabit.

Thank you so much to Aurawhite Team! love u guys! Syukur Alhamdulillah we made it! last day tomorrow ??? sayang uolls ketat2 #aurawhite

A post shared by Aurawhite founder (@furynaazmeer) on

Alhamdulillah such a relief selesai Grand Launching bersama Guardian semalam ?? thank you so much to our lovely ambassador @fashasandha @izzueislam @pu_azman ?? #aurawhitetoothpaste #aurawhite

A post shared by Aurawhite founder (@furynaazmeer) on

Menjalin kolaborasi dengan jenama terbabit untuk tahun kedua, Fasha senang bekerjasama dengan mereka.
"Selain produk yang mempunyai kualiti, ia juga mendapat pensijilan Halal daripada Jakim.
"Saya senang bekerjasama dengan mereka, terutamanya Datin Furyna Azmeer yang sangat profesional dan senang untuk dibawa berbincang," katanya lagi.

Aurawhite toothpaste produk yang telah menjadi pilihan rakyat Malaysia yg mementingkan penjagaan gigi. ? Gigi putih ? Gigi bersih ? Gigi sihat ? Sunyuman menawan . Whatsapp 60189718607 . #aurawhitesejutasenyuman #aurawhitetoothpaste #ubatgigi #senyum #gigi #ubatgigiwhitening #hargamurah #hello

A post shared by AURAWHITE TOOTHPASTE (@aurawhitetoothpastehq) on

#pelakon #Fasha Sandha #Pelakon
;