“Saya Tak Mahu Jadi Penyondol Atau Disondol” - Nadia Brian
Asyikin Mayudin
25/10/2023 08:55 MYT
25/10/2023 08:55 MYT
Dua tahun bergelar janda, pelakon Nadia Brian memberitahu dia tidak menolak takdir sekiranya dijodohkan dengan lelaki berstatus duda.
Menurut Nadia, dia akan memastikan lelaki yang bakal menjadi pasangannya itu bukan berstatus suami orang kerana tidak mahu berdepan dengan sebarang masalah.
"Saya kalau boleh seseorang itu boleh masuk dengan saya. Yang penting bukan suami orang, saya tak mahu jadi penyondol dan tak mahu disondol.
"Kalau boleh tak timbul sebarang masalah di kemudian hari, pastikan status orang itu bersih. Bujang ke atau berkahwin kena terus terang dengan saya.
“Tapi tidak menolak jika dia seorang duda dan ada anak. Saya tidak selektif, janji single,” kata Nadia.
Bagaimanapun Nadia berkata disebabkan jadual kerja yang begitu padat, ia menjadi kekangan untuk dirinya bertemu dengan orang yang ingin dikenali.
"Saya masih lagi mencari seseorang yang boleh dijadikan pasangan hidup. Saya bukan jual mahal, tapi mungkin terlalu sibuk dengan kerja sehingga tidak sempat nak dating dengan orang.
"Mungkin insya-Allah selepas ini kalau sudah tidak sibuk, saya mestilah mahu berjumpa dengan jodoh yang baik, doakan saya," katanya.
Dalam pada itu, pemilik nama asal Nadia Najwa Mohamed Rashidi menafikan dirinya sering memberi harapan pada mana-mana lekaki yang pernah dikenalinya sebelum ini.
"Sesiapa sahaja yang saya kenal memang saya akan berkawan dahulu dengan orang itu, tak akan saya nak terus lompat ke arah hubungan cinta. Saya tak mahu perkara lepas (bercerai) berlaku lagi.
"Saya akan pastikan berkawan dahulu, kalau ada jodoh insya-Allah. Namun sehingga kini tiada hubungan yang serius dengan sesiapa lagi," tambahnya.
BACA SINI: Hasrat Nadia Brian Mahu Suami Kuat Agama Jadi ‘Content’ Netizen - “Sampai Call Ustaz Di Mekah, Tapi...