Laman Utama

Hasrat Nadia Brian Mahu Suami Kuat Agama Jadi ‘Content’ Netizen - “Sampai Call Ustaz Di Mekah, Tapi Saya Anggap Dia…”

gempak
Asyikin Mayudin
10/08/2023
23:52 MYT
Sponsor Banner
Hasrat Nadia Brian Mahu Suami Kuat Agama Jadi ‘Content’ Netizen - “Sampai Call Ustaz Di Mekah, Tapi Saya Anggap Dia…”
Pelakon Nadia Brian memberitahu dia tidak kisah jika ada mana-mana individu yang menjadikan kenyataannya yang mahukan bakal suami kuat pengetahuan agama sebagai bahan di laman sosial.
Malah Nadia atau Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 32, juga menganggap perkongsian netizen yang membuat panggilan video dengan ustaz di Mekah memohon doa untuk dijodohkan dengannya itu sekadar gurauan sahaja.
"Saya ditanya tentang kriteria bakal suami dan saya beritahu nak yang beragama. Mestilah kita nak yang beragama, dapat membimbing dan susah senang bersama.
“Ada yang buat content kenyataan saya itu sampai telefon ustaz di Mekah la. Saya tidak mengenali individu tersebut tapi saya anggap dia hanya gurau dan buat content semata-mata,” katanya kepada Gempak.
Nadia berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran siri B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit yang diadakan di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada petang Khamis.
BACA SINI: Makin Seksi, Nadia Brian Akui Dapat Gangguan Seksual Di Media Sosial - "Ini Diri Saya, Doakanlah Yang Baik-Baik"
Dianggap penampilan seksi tidak sesuai dengan niat mahu suami kukuh ilmu agama, Nadia bagaimanapun berharap semua orang mendoakan yang baik-baik untuknya.
"Bila ada yang kata saya tak sesuai dengan orang beragama... saya minta doa yang baik-baik, penampilan saya bukannya keterlaluan. Kalau keterlaluan pun saya minta maaf.
“Saya masih menjaga batas, tidak menganggu sesiapa dan tahu menjaga diri. Malah saya ada niat nak berubah menjadi lebih baik. Saya ada mendekati (agama) untuk diri saya sendiri seperti mengaji.
“Tapi saya tak kongsi kepada orang ramai. Benda baik ini saya rasa bersifat peribadi," jelasnya.
Untuk rekod, Nadia pernah mendirikan rumah tangga dengan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 namun mereka bercerai pada April 2021.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024