Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Saya Tak Mahu Kalian Merangkak Di Padang Mahsyar Cari Saya..." - Shahrol Shiro Nafi Terlibat Kes Pemerdagangan Manusia

Asraf Aided
04/08/2021 03:57 MYT
Pelawak Shahrol Shiro menafikan dirinya sebagai individu yang direman kes pemerdagangan manusia seperti dilaporkan media semalam.

Menurut Shahrol, dia menerima pertanyaan termasuk daripada sahabatnya sendiri tentang perkara itu.

Katanya, dia telah menjelaskan perkara sebenar bahawa dirinya bukan individu yang dimaksudkan.

"Beberapa sahabat bertanya adakah itu saya, dan saya telah menjelaskan itu bukan saya," kongsinya di Instagram.

Tambah Shahrol, dia juga sudah memaafkan segelintir pihak yang membuat tuduhan tanpa usul periksa.

"Terima kasih kerana bertanya dahulu dan pada yang komen terus menuduh saya, saya tak mahu kalian merangkak di Padang Mahsyar mencari saya dan fokus pada dosa dosa lain kerana saya dah memaafkan anda.

"Sekian terima kasih kerana mengambil berat tentang saya," coretnya lagi.

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro)


Terdahulu media melaporkan seorang pelawak terkenal ditahan di sebuah hotel di Kuala Pilah pada Ahad lalu bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia.

Pelawak lelaki berusia 40-an itu ditahan dalam serbuan Ops Pintas dilakukan jam 10 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah selepas hasil maklumat dan risikan pihaknya.

Sehubungan itu, polis telah berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi seks.

BACA: "Turut Dirampas Bungkusan Kondom" - Pelawak 40-an Ditahan Atas Kes Pemerdagangan Manusia

Menerusi laporan Gempak malam tadi, pelawak Tauke juga meluahkan rasa terkilan apabila namanya dikaitkan dengan kes tersebut.

BACA: "Mulut Orang Kita Tak Boleh Nak Tahan..." Tauke Terkilan Nama Dikaitkan Kes Pemerdagangan Manusia
#Pelawak #Shahrol Shiro #Direman #Pemerdagangan Manusia #Pelawak 40-an
;