Hiburan
"Saya Tak Mengandung!" - Aprena Manrose
Pelakon Aprena Manrose menafikan dakwaan Nelydia Senrose yang menyatakan dia kini sedang hamil.
Menurut Aprena, itu hanya sekadar gurauan kerana perutnya kelihatan seperti ada 'baby bump'.
"Omg guys, saya tak mengandung! Nely jahat lah saja kacau sebab perut saya macam 'baby bump'.
Advertisement
"Tetapi terima kasih untuk ucapan. Semoga menjadi kenyataan suatu hari nanti! Hehe," tulisnya di Instagram Stories.
Sebelum ini, Nelydia ada memuat naik rakaman video di sebuah majlis hari lahir kenalan rapat mereka.
"Mommy to be @aprenamanrose," tulisnya secara ringkas.
Memetik artikel Gempak pada 3 Mac lalu, pemilik nama Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman mendedahkan dia dan suami, Mohd Afiq Hazman membuat keputusan melakukan rawatan kesuburan selepas empat tahun berkahwin.
Must-Watch Video