BERITA
“Saya Tak Minta Simpati Sesiapa”- Ardell Mohon Maaf Kerana Kurang Bercakap
Pelakon Ardell Aryana meminta maaf kerana tidak banyak bercakap serta respon dengan mana-mana pihak yang menghubunginya sebelum ini.
Ardell yang kini dikhabarkan menghidap penyakit kanser itu memberitahu dia hanya manusia biasa yang memerlukan masa untuk diri sendiri.
Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya dia meluahkan rasanya itu.
"Saya tidak bercakap banyak akhir-akhir ini. Saya jadi penat memaksa diri untuk bercakap, jumpa orang dan berkomunikasi.
“Saya minta maaf jika ia melukakan hati orang sekeliling yang menghantar mesej peribadi, emel dan cuba hubungi saya tetapi tidak berjawab.
"Saya hanya manusia biasa yang memerlukan masa untuk diri sendiri. Buat masa sekarang saya hanya buat kerja dan buat apa yang saya mahu sahaja," tulisnya.
Menurut Ardell, apa yang diluahkan di IG bukan bertujuan untuk meraih simpati sesiapa.
"Setiap hari saya kongsi apa yang saya rasa bukan untuk minta simpati. Saya menghargai semua usaha dan doa kalian serta keluarga yang memahami. Saya minta maaf sekali lagi," katanya.
Adakalanya, keluarganya juga turut terluka apabila Ardell jarang bercakap dengan mereka.
"Bukan sahaja orang luar, malah keluarga saya juga terluka dan terasa hati kerana saya tidak bercakap dengan mereka . Ya, kadang-kala saya ada mood untuk bercakap, gelak dan lain-lain tapi bukan setiap masa,” luahnya lagi.
Terdahulu, pelakon itu dilihat sedang sakit dan berkerusi roda untuk begerak.
Foto: IG @ardellaryanaA post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on
Must-Watch Video