Hiburan

“Saya Tak Nak Anak Jadi Derhaka” - Rita Rudaini Tak Halang Anak Jumpa Bekas Suami

gempak
Firdaus
27/03/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
“Saya Tak Nak Anak Jadi Derhaka” - Rita Rudaini Tak Halang Anak Jumpa Bekas Suami
Walaupun sudah berpisah, pelakon, Rita Rudaini, mendedahkan dirinya tidak pernah menghalang anak-anak dari bertemu bekas suami, Aidil Zafuan Abdul Radzak.
Rita Rudaini atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 48, berkata dia tidak mempunyai masalah sekiranya anak-anaknya mahu bertemu dengan bapa kandung mereka.

BERITA TRENDING: Rita Rudaini Nafi Sekat Anak Jumpa Aidil – “Jasa Bapa Dia Cuma Bagi Benih Saja! Tiada Masa Saya Nak Hasut”

"Saya tak nak anak jadi derhaka. Kalau dia kata nak jumpa, okay tak ada masalah. Kalau sebelah sana nak jumpa, tapi anak saya tak nak, saya tak akan bagi.
"Saya yang besarkan anak-anak, susah tau nak jaga anak lelaki. Mereka berkhatan, akil baligh saya yang uruskan," kongsinya.
Dalam pada itu, Rita ketika ditemui di Majlis Jom Berbuka Bersama Artis-Artis Starvendor yang berlangsung di Summit USJ, Subang Jaya, Selangor berkongsi pernah bertanyakan soalan kepada anak sulungnya tentang meluangkan masa bersama bapa kandungnya, namun tidak diterima baik.
"Ada satu situasi di mana saya tengah tengok telefon tentang satu isu viral dan ketika itu saya terdiam. Ketika itu, anak sulung ada di hadapan saya, mungkin dia perasan. Lepas tu dia tanya, "Kenapa mummy sedih?" Saya terkejut dan beritahu sedih sebab baca komen. Kemudian dia cakap, "Tak apa mummy jangan baca".
"Saya kemudian tanya dia kalau lah suatu hari benda yang tular itu terjadi (daddy nak jumpa), nak tak? Lepas tu dia geleng kepala. Dia cakap tak nak, kenapa nak jumpa. Bila dia menjawab sambil makan, maknanya bagi saya dia tak nak layan benda tu. Anak-anak pun tak pernah tanya pasal daddy dia," katanya.

BERITA TRENDING: Ada Yang Kesian Bila Aidil Zafuan Sebut Nama Anak Dalam Live, Rita Rudaini Bidas Netizen! - “Kau Tak Payah Terpaling Tahu!”

Sekadar info, Rita dan Aidil yang juga bintang bola sepak kebangsaan, berkahwin pada 2008, namun, bercerai talak satu pada September 2013. Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13.
Bercerita mengenai perkembangan kariernya, Rita berkata dia menolak tawaran berlakon sepanjang bulan Ramadan kerana mahu meluangkan masa bersama anak-anak di rumah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024