“Saya Tak Nak Burukkan Nama Anak Saya” - Halim Othman
Umirah Halim
13/05/2024 02:55 MYT
13/05/2024 02:55 MYT
Penyampai radio, Halim Othman enggan mengulas lanjut mengenai isu penukaran maklumat di surat beranak dan anak tidak sah taraf membabitkan anaknya, Myra Natasha.
Enggan komen
Halim bertindak mengunci mulut kerana difahamkan mahu menjaga nama baik anaknya.
“For now, I have no comments. Saya tak nak burukkan nama anak saya,” ulasnya ringkas ketika dihubungi Gempak.
Ibu bapa tak pernah berkahwin
Terdahulu, aktres Myra Natasya membuat pendedahan di mengejutkan pada media dan mendakwa ibu bapanya itu tidak pernah berkahwin seperti yang dihebahkan.
Katanya lagi, selama ini dia terpaksa merahsiakan perkara tersebut untuk menjaga nama baik dan imej bapanya yang merupakan seorang penyampai radio.
Myra Natasha turut mendedahkan bapanya Halim Othman bertindak menukar maklumat di surat kelahiran tanpa pengetahuannya.
Untuk rekod, Myra juga pernah mendedahkan bahawa dia tidak berbintikan Halim kerana personaliti terkenal itu dan ibunya iaitu Yusnita Omar bernikah di Thailand pada 1995.
Dia turut memberitahu ibu bapanya bercerai ketika dia berusia setahun, manakala urusan perceraian diselesaikan di Thailand pada 1998 hakikatnya perkara tersebut hanyalah rekaan bagi menjaga nama baik bekas penyampai radio Era itu.
Berita Trending: “Saya Hanya Mahu Ayah Mohon Maaf Dan Tukar Balik Maklumat Kat Surat Beranak” - Myra Natasha