Laman Utama
Natasha Elyzza Nafi Hasut Emma Maembong Buka Tudung - "Kalau Tak Tahu Cerita, Tolong Jangan ..."
Pelakon Natasha Elyzza sedih apabila didakwa menjadi punca pelakon Emma Maembong kembali tidak berhijab sejak beberapa tahun lalu.
Jelas Natasha menerusi hantaran di Instagram Stories, tuduhan sedemikian tidak berasas dan jatuh fitnah.
“Not gonna lie, sedih sebenarnya baca comment ni. Tak sangka orang boleh anggap kita sampai macam ni.
“Kak, kalau tak tahu cerita betul, tolong jangan buat andaian sendiri. Jatuh fitnah namanya,” tulis Natasha.
Dalam siri hantaran sama, Natasha turut memuat naik dakwaan warganet yang diambil daripada komen di sebuah video memaparkan dirinya berdiri di sebelah Emma.
Dakwa individu itu, Natasha menjadi penghasut kepada Emma serta memetik nama pelakon Fathia Latif.
“Saya tak berkenan dengan pelakon sebelah Emma tu… rasanya dia kuat hasut kot… dia kan kawan dengan Fathia Latif… korang jangan kawan dengan dia la.
“Habis dihasutnya suruh freehair & bersosial… maaf komen macam ni… ni atas dasar pendapat saya,” komen individu itu.
Must-Watch Video