Berita
"Saya Tak Pernah Berkomunikasi Dengan Isterinya" - Alya Dedah Mesej Perbualan Tular Itu Sebenarnya Daripada...
Pelakon Alya Iman mendedahkan bahawa dia tidak pernah sekalipun berhubung dengan isteri bekas tunangnya, Penny Salman.
Bahkan, menurut Alya, paparan mesej perbualan di Instagram yang tular kononnya dikirimkannya kepada Penny tersebut sebenarnya adalah daripada suami wanita itu sendiri.
"Dia (bekas tunang) memiliki akses kepada semua akaun media sosial saya.
"Saya akui tidak pernah berkomunikasi dengan isteri dia kerana takut dan malu.
"Mesej Instagram yang ditularkan (14 Februari 2020) sebenarnya telah dihantar oleh bekas tunang saya kepada isterinya menggunakan akaun saya tanpa pengetahuan," katanya kepada Gempak.
Terdahulu, Penny ada berkongsi kepada umum paparan mesej yang didakwa dihantar Alya menerusi Instagram.
Mesej tersebut mamaparkan perbualan mereka yang mana Alya dilihat cuba menjelaskan situasi sebenar.
Dalam pada itu, kata Alya, dia akui bekas tunangnya itu ada berhubung dengannya menerusi WhatsApp pada Jun, namun kesemua mesejnya itu tidak dilayan.
"Bekas tunang saya mula menghantar mesej bernada agresif pada Jun, namun saya tidak mengendahkannya kerana beranggapan perkara ini telah selesai.
"Namun, saya masih cuba mendapatkan pasport saya kembali daripada bekas tunang," katanya.
Terdahulu, Alya terpalit dengan kontroversi apabila seorang isteri ahli perniagaan mendakwa dirinya menjadi perosak rumah tangga.
Bagaimanapun, Alya kemudian tampil mendedahkan bahawa dia sebenarnya sudah bertunang dengan ahli perniagaan tersebut.
BACA: "Saya Telah Bertunang Dengan..." - Dituduh Jadi Perosak Rumah Tangga, Ini Penjelasan Alya Iman
Bahkan, Alya juga menerima kecaman warganet sehingga dilabel sebagai 'gold digger'.
Must-Watch Video