Hiburan
"Saya Tak Pernah Halang Sharnaaz Jumpa Jebat" - Noor Nabila
Usahawan selebriti, Noor Nabila Mohd Noor menafikan tuduhan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwanya menghalang suami, pelakon Sharnaaz Ahmad untuk bertemu dengan anak mereka, Jebat Jayden Ahmad.
Menurut Nabila, dia tidak pernah menyekat Sharnaaz untuk berjumpa Jebat dan mahukan yang terbaik untuk anaknya itu.
"Biarpun banyak yang mendakwa dan melemparkan fitnah saya tak berikan kebenaran untuk dia berjumpa dengan Jebat, sejujurnya, saya tak pernah halang atau sekat.
"Saya langsung tak berniat nak pisahkan mereka, apatah lagi mereka mempunyai hubungan sebagai bapa dan anak.
"Insya-Allah, kami akan terus membesarkan anak bersama biarpun selepas ini kami tak bergelar pasangan lagi," kata kakak kepada pengacara Neelofa ini.
Nabila ditemui usai proses prosiding perceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambah Nabila, dia tidak akan ketepikan Sharnaaz kerana apa yang penting ialah keperluan anak mereka.
"Sebagai seorang ibu, fokus saya adalah anak. Jebat jadi keutamaan saya. Saya kena pastikan dia mendapat keperluan serta penjagaan yang baik.
"Ia tak bermakna saya perlu ketepikan Sharnaaz dalam hal ini. Dia bapa Jebat, jadi tak timbul isu saya menghalangnya bertemu anak," katanya lagi.
Must-Watch Video