Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Saya Tak Pernah Risau Dengan Tanggapan…”- Syazwan Zulkifli Jelas Tatu Di Tangan

Syafiqah Jalal
12/05/2022 09:02 MYT

Pelakon Syazwan Zulkifli menjelaskan tatu yang berada di kedua-dua tangannya merupakan pelekat sementara yang digunakan untuk menjayakan sebuah filem pendek.

Kata Syazwan ia bukan tatu sebenar dan sebagai seorang yang beragama Islam dia masih tahu batasnya.
“Ini tatu sementara sahaja. Ia seperti pelekat yang boleh dihilangkan atau dicuci.

“Tatu ini saya pakai untuk beberapa hari sahaja sementara penggambaran belum selesai.

“Jangan risau, saya orang Islam dan masih ada ibu (hati yang perlu dijaga). Tak logik la saya melakukan tatu sebenar,” katanya.

Syazwan menjelaskan perkara berkenaan selepas dilihat bersama dengan ukiran tatu berkenaan ketika sidang media virtual drama Ada Apa Dengan Saka.

Kata Syazwan dia tidak janggal mengenakan tatu berkenaan apabila keluar rumah kerana sebagai pelakon ia perkara normal.

“Saya tak pernah risau dengan tanggapan orang bila lihat saya dalam keadaan bertatu begini sebab saya pelakon dan saya boleh bawa pelbagai watak dan imej.

“Kalau orang tanya saya akan jelaskan ia bukan tatu sebenar dan ia hanya untuk lakonan semata-mata,” ulasnya lagi.

#pelakon #Berlakon #Tatu #Syazwan Zulkifli