Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Saya Tak Pernah Terlibat”- Foto Diperguna, Amar Baharin Adu Pada PDRM

Syafiqah Jalal
06/09/2021 09:20 MYT
Pelakon Amar Baharin menafikan yang dia terlibat dengan iklan di Facebook yang menggunakan akaun Dayang Company.

Tegas Amar iklan yang memaparkan wajahnya itu adalah palsu dan pihak tidak bertanggungjawab telah mempergunakannya tanpa keizinannya.

“Saya tidak pernah terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan apa sahaja yang diiklankan oleh page berkenaan di Facebook atau platform digital yang lain.

“Dan penggunaan gambar saya ini tidak mendapat persetujuan dan izin saya. Sekian,” beritahunya.
Amar memaklumkan perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Dalam kapsyennya juga Amar sempat memaklumkan ia kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi akaun Instagram rasmi pihak berkuasa itu.

Menerusi entri tersebut, Amar memuat naik iklan yang menggunakan wajahnya serta beberapa orang lain.

Kemas kini berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mengecam tindakan pihak tersebut.

“Scammer ni sekarang gunakan agama untuk tarik orang join saham pelaburan..patuh syariah la..keje menipu je mereka ni,” komen salah seorang pengikut.

“Saman bang jangan tak saman..kenalkan mereka apa itu undang undang,” cadang salah seorang warga maya.

“Macam-macam hal la, aduii..Buat malu je dah la ambil gambar tak minta izin..,” kecam salah seorang netizen.

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin)

#pelakon #Amar Baharin #Polis #PDRM #Gambar #Foto
;