Hiburan

"Saya Tak Pernah Tolak Tawaran Lakonan Disebabkan..." - Zul Ariffin

gempak
Asraf Aided
17/07/2019
10:57 MYT
Sponsor Banner
"Saya Tak Pernah Tolak Tawaran Lakonan Disebabkan..." - Zul Ariffin
Pelakon popular, Zul Ariffin tidak pernah menolak tawaran lakonan disebabkan gandingan pelakon yang kurang sesuai.
Menurut Zul, dia tidak kisah untuk berlakon dengan sesiapapun meskipun gandingan pelakon yang diberikan tidak popular.
"Saya tak pernah tolak tawaran lakonan disebabkan gandingan pelakon yang kurang sesuai.
"Bagi saya, saya tak kisah untuk bekerja dengan mana-mana pelakon sekalipun, meskipun gandingan yang diberikan itu tidak popular, ia bukanlah satu masalah.
"Apa yang penting adalah kerjasama ketika penggambaran, kalau bekerja dengan saya, saya akan pastikan semuanya baik-baik sahaja," ujarnya.
Zul berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran filem Sangkar di Petaling Jaya, petang semalam.
Zul yang merupakan salah seorang dari teraju utama filem terbabit menambah, dia tidak pernah sewenang-wenangnya menilai seseorang pelakon baharu tanpa melihat lakonan mereka di kaca televisyen terlebih dahulu.
"Kalau ada pelakon baru yang saya ingin kenali, saya tak akan menilai mereka sewenang-wenangnya.
"Saya bukan jenis yang suka mendapatkan pandangan orang lain kerana ia boleh bercampur dengan pendapat peribadi mereka terhadap seseorang pelakon itu.
"Apa yang saya lakukan adalah kenali mereka dengan melihat lakonan mereka di kaca televisyen, saya rasa tak adil lah jika mahu menilai mereka sesuka hati sahaja," tambahnya.
Selain Zul, Sangkar turut dibintangi oleh Remy Ishak, Mira Filzah, Ray Era dan ramai lagi.
Filem yang menampilkan aksi sukan seni bela diri (MMA) ini bakal menjengah pawagam di seluruh negara serta Singapura dan Brunei bermula 29 Ogos ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024