Hiburan

“Saya Tak Puas” - Tahun 2020, Haqiem Rusli Pendam Hasrat Untuk...

gempak
Hanafis Haris
06/01/2020
11:41 MYT
Sponsor Banner
“Saya Tak Puas” - Tahun 2020, Haqiem Rusli Pendam Hasrat Untuk...
Penyanyi dan komposer, Haqiem Rusli menyimpan hasrat untuk kembali berlakon pada tahun ini.
Menurut Haqiem, dia tidak puas berlakon dalam karya berjudul Tergantung Rindu sekitar dua tahun lalu.
“Saya akui bukanlah saya ni pandai sangat berlakon. Tapi, saya suka dan minat.
“Macam waktu berlakon Tergantung Rindu di Astro dulu pengalaman tu sangat best. Saya tak puas,” kataya.
Jelas Haqiem, hasrat untuk kembali berlakon itu bukanlah bermaksud untuk meninggalkan dunia nyanyian, ia sebaliknya hanya untuk mencuba satu perkara yang berbeza.
“Bukanlah saya nak berlakon sampai ke tahap filem, cuma saya nak cuba sesuatu yang lain.
“Itu antara impian saya tahun ini. Itu pun kalau ada yang sudilah ambil saya berlakon,” katanya.
Haqiem ditemui ketika ditemui di Konsert Throwbaek 2019 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, 29 Disember lalu.
BACA: Outstanding! Tok Ram, Dr Amalina, Cik B, & Lagu Mengantuknya Mumia Antara Pemenang Anugerah Konsert Throwbaek 2019!
Untuk rekod, Haqiem sebelum ini pernah berlakon di dalam drama Tergandung Rindu yang disiarkan di Astro pada Jun 2018.
Drama berkenaan turut dibintangi Tajul Ariff, Wany Hasrita, Hasnul Rahmat, Zarul Husin, Haida, Fikry, Aniq .
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live