Pelakon Mia Ahmad mengakui dirinya tidak sanggup bermadu dengan mana-mana wanita.

Menurut Mia, sebagai seorang wanita dia kagum dengan individu yang sanggup berkongsi kasih dalam sesebuah keluarga.

"Saya tak rela bermadu dengan mana-mana wanita walaupun berkongsi kasih itu dibenarkan agama.

"Saya sangat hormat pada wanita yang dapat hidup bermadu kerana bukan semua wanita sanggup berkongsi.

"Hubungan saya dan suami kini dalam proses pemulihan untuk kami saling kenal dan memperbaiki kekurangan dalam hubungan.

"Saya sudah melupakan apa yang terjadi dan saya harus melupakan semua kisah yang melukakan demi rumah tangga kami," katanya kepada Gempak.

Mia berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pelancaran drama Nur 2 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, pada Selasa.

Sebelum ini, kemelut rumah tangga Mia mula menjadi bualan ramai selepas dia berkongsi status sedih di media sosial.

Mia dan Izham mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak selepas setahun berkenalan.